Udang Butter Nestum Menu Mudah Kegemaran Ramai. Ratah Saja Pun Sedap!
Sudah lama rasanya kita tak nampak kemunculan Jaafar Onn di kaca televisyen. Dalam episod Rasa Nostalgia Ramadan hari ini menyaksikan dua selebriti tanah air, Jaafar Onn dan Salwa beraksi di dapur. Hebat juga rupanya skil memasak mereka. Dapur Rasa Nostalgia Ramadan diserikan lagi dengan kehadiran pelakon, Liza Abdullah sebagai cameo. Tak kering gusi melihat gelagat mereka.
Sesuai untuk berbuka puasa, hari ini mereka telah memasak dua menu yang cukup popular iaitu Asam Pedas Ikan Parang dan Butir Nangka. Nampak sedap sungguh Asam Pedas Ikan Parang yang dimasak oleh abang Jaafar Onn kita. Anda boleh cuba sendiri nanti di rumah. Untuk pencuci mulut pula, Butir Nangka menjadi pilihan. Nak buat Butir Nangka ni tersangatlah mudah. Rasanya pun memang sedap. Manis-manis berlemak.
Jadi, kami kongsikn dua resipi ini. Mana tahu anda nak cuba buat di rumah nanti. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS IKAN PARANG
BAHAN-BAHAN:
- 5 ketul ikan parang
- 3 labu bawang besar
- 1 inci halia
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji tomato segar
- 2 tangkai bunga kantan
- Sedikit daun kesum
- 1 mangkuk air asam jawa
- 3 kiub pati ikan bilis Maggi
- 1 mangkuk cili boh
- Minyak jagung
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar. Tumis hingga kekuninga.
- Masukkan cili boh. Tunggu sehingga cili masak dan betul-betul garing.
- Kemudian, masukkan ikan parang.
- Masukkan air asam jawa yang sudah ditapis.
- Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
- Seterusnya, masukkan tomato dan bawang besar sebagai hiasan.
- Tambahkan kiub pati ikan bilis dan kacau hingga sebati.
- Sedia untuk dihidangkan.
BUTIR NANGKA
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung pulut
- 1 cawan tepung gandum
- Sedikit air garam
- 1 ketul gula melaka | diracik dan dicairkan menjadi air gula melaka
- 3 helai daun pandan
- Sedikit garam
- 1 mangkuk santan pekat
- 3 jenis pewarna makanan (merah, hijau, kuning)
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung pulut dan tepung gandum ke dalam satu bekas.
- Tambahkan air garam dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Bahagikan doh kepada tiga bahagian dan masukkan beberapa titik pewarna. Uli doh sehingga warna menjadi sekata.
- Cubit sedikit dan bentukkan doh menjadi bentuk bujur. Ulang sehingga doh habis.
- Panaskan air di dalam periuk dan masukkan doh tadi ke dalam periuk. Tunggu sehingga ia timbul di permukaan. Boleh angkat dan masukkan ke dalam bekas
- berisi air masak.
- Untuk kuahnya pula, masukkan air ke dalam periuk.
- Masukkan daun pandan, air gula melaka dan santan pekat. Kacau sebati.
- Bila kuah dah siap, masukkan butir nangka tadi ke dalam kuah.
- Kacau hingga sebati. Siap!
LG PuriCare™ Melengkap Dan Memeriahkan Suasana Dapur Selebriti
Kemeriahan dapur Rasa Nostalgia Ramadan kali ini diceriakan lagi dengan kehadiran rakan penaja LG PuriCare™ dengan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD.
Memang perlulah kan memasak menggunakan air yang bersih. Bersih dengan erti kata sebenar-benar bersih terutama dalam situasi pendemik hari ini. Setiap sajian perlu dipastikan kebersihannya. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD terdapat 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 pilihan suhu air (suhu panas, sejuk dan bilik) serta Muncung Bergerak 4 Arah – kiri dan kanan, atas dan bawah, perlu ada didapur kita kerana bukan sahaja memberikan air yang jernih, selamat dan tidak memakai ruang yang banyak dengan reka bentuk tipisnya , ia juga mudah dipasang dan dapat mengurangkan percikan air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
Jangan lupa saksikan kemeriahan Nostalgia Rasa Ramadan selama 23 hari setelah menonton bolehlah mencuba resipi-resipi yang dikongsi oleh barisan selebriti ini. Untuk dapatkan resipi penuh, layari website majalah rasa (www.rasa.my) setiap hari selepas habis siaran.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source