Anak Ramai Mama Tak Sempat Berhias, Cantikkan Dalaman Dengan Petua Awet Muda Cara Islam!
Wany Hasrita dikenali dengan suara yang merdu dan bakat vokal yang memukau. Pelantun lagu Menahan Rindu yang merupakan isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun ini selain berbakat dalam bidang nyanyian juga dikenali kerana penampilannya yang menawan.
Ternyata ibu kepada Aishah Al Iman ini sangat menitikberatkan soal penjagaan kecantikan. Tidak dapat dinafikan cuaca yang panas membuatkan kita sering terdedah dengan sinaran ultaungu. Maka sebab itulah rutin kecantikan perlu dilakukan secara konsisten agar kulit wajah kekal terpelihara.
Wany Hasrita Kongsi Tip Jaga Kecantikan
Tidak terkecuali juga dengan Wany, beliau juga mempunyai rutin penjagaan kecantikan yang diamalkannya setiap hari. Penyanyi lagu Menahan Rindu ini berkongsi tip untuk memastikan kulit wajahnya kekal bersih dan mulus serta penjagaan kesihatan badan.
Pastikan Buang Solekan Sebelum Tidur
Walaupun letih dan pulang larut malam dek kerana memenuhi jadual aktiviti pentas seni, rejim penjagaan wajah lazimnya, sebaik sahaja tiba di rumah sebelum tidur Wany akan memastikan kulit wajahnya bebas daripada sebarang kotoran dan tampalan solekan.
“Langkah tersebut harus dititikberatkan bagi mengelakkan kondisi kulit wajah rosak memandangkan alat kosmetik mengandungi pelbagai bahan.
“Selepas menanggalkan solekan menggunakan makeup remover, saya akan membersihkan wajah dengan pencuci muka mengikut jenis kulit.
“Kemudian, disusuli pula toner (penyegar) untuk membuang lebihan minyak ataupun kotoran yang tertinggal pada kulit wajah termasuk mengecilkan pori-pori.
“Langkah seterusnya, menyapu lembut serum dan krim pelembap bagi mengembalikan kelembapan kulit wajah serta krim malam.
Pakai Krim Pelembap & Krim Pelindung Sinaran Matahari Pada Waktu Siang
“Pun begitu, pada sebelah siang, selepas memakai krim pelembap, saya akan mengoles krim pelindung sinaran matahari sebelum keluar rumah sama ada untuk bekerja ataupun beriadah.
“Sebelum melangkah keluar rumah, saya memakai krim pelembap dan krim pelindung sinaran matahari untuk melindungi kulit wajah.
“Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan krim pelindung sinaran UV amat penting dalam rutin penjagaan kulit wajah. Disebabkan itu, kita sentiasa disarankan mengaplikasi krim tersebut seawal usia remaja.
Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat
“Saya pula beranggapan telah terlambat kerana apabila menginjak usia 27 tahun, barulah mempunyai kesedaran untuk memakai krim sinaran UV. Ikut kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat.
“Jangan sesekali membiarkan wajah berterusan terdedah kepada cahaya matahari tanpa pelindung kerana ia akan merosakkan kulit wajah. Selain penuaan dan kanser kulit, sinaran UV yang menembusi jauh ke dalam kulit juga boleh menyebabkan berlakunya masalah jeragat.
“Perkara sedemikian turut berlaku kepada ibu yang terpaksa mengambil masa lama untuk menangani masalah jeragat,” terang Wany, anak kesayangan Norita Jaafar ini.
Dalam pada itu, perlu diingatkan, pemakaian krim sinaran UV bukan bersifat sekali sahaja iaitu oles pada sebelah siang dan berkekalan hingga malam. Krim tersebut harus diaplikasi dari masa ke masa.
“Misalnya, saya akan oles sekitar jam 8.00 pagi. Selepas menunaikan solat Zuhur dan Asar, maka saya akan ulang rutin penjagaan wajah yang sama seperti memakai toner, serum, krim pelembap dan krim sinaran UV.
Penting Jaga Makan & Konsisten Rawat Wajah
Elak Makanan Berminyak
Selain amalan penjagaan wajah secara konsisten dan penggunaan produk yang betul, pemakanan juga harus dititikberatkan.
Wany juga akui dia mengelak menikmati makanan berminyak dan coklat dalam kuantiti yang banyak kerana ia adalah salah satu penyebab masalah jerawat. Malah makan coklat secara berlebihan boleh menyebabkan jerawat.
Amal Minum Air Putih
Sementara itu, amalkan minum air putih antara dua hingga tiga liter sehari untuk kesihatan badan dan kecantikan kulit wajah.
“Atas faktor tersebut, ke mana sahaja destinasi yang ingin saya tuju, wajib membawa satu botol bersaiz besar berisi air putih,” kongsi Wany lagi.
Kredit foto: Instagram Wany Hasrita
Baca artikel yang berkaitan di sini: “Sebelum Ni Satu Bag Je, Sekarang…” Pertama Kali Bawa Anak Bercuti, Wany Hasrita Kongsi Cerita!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source