Rangka hala tuju pendidikan tinggi negara, jom semak objektif Wacana Strategi KPT
Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang berlangsung pada 5 hingga 6 Januari 2024 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur hari ini.
Pelaksanaan program itu sejajar dengan aspirasi nasional di bawah Kerangka Ekonomi MADANI dalam menjadikan negara sebagai peneraju ekonomi Asia dan dapat memberikan kehidupan lebih baik kepada segenap lapisan rakyat.
Foto: Bernama
KPT menyenaraikan empat objektif utama bagi program tersebut iaitu merangka hala tuju strategik KPT berdasarkan aspirasi Perdana Menteri serta pemegang taruh KPT dan menyelaras semula pelaksanaan strategi KPT.
Malah, ia juga menjadi platform untuk mencadangkan program dan inisiatif berdasarkan kluster perancangan hala tuju KPT serta membincangkan isu-isu strategik berkaitan KPT dan cadangan penyelesaian.
“Saya cadang saudara Zambry beri ruang kepada pimpinan universiti, KPT harus hanya menyelaraskan bagi mengelakkan pertindihan dan permasalahan.
“Tapi beri lebih banyak ruang kepada universiti dan cabar mereka dalam dua tahun untuk melihat program yang lebih baik, kalau tidak kita ubah pimpinan,” kata Anwar.
Tambah beliau, usaha mengangkat martabat dan kualiti generasi muda perlu diutamakan oleh tenaga pengajar dalam sektor pendidikan tinggi agar mereka mampu bersaing dengan negara luar.
“Anda semua pemikir bangsa harus melihat keutamaan mengangkat martabat bangsa, negara dan keutamaan agama.
“Guna ruang untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan kita, keutamaan adalah mendidik anak-anak kita supaya lima hingga 10 tahun lagi mereka mampu bersaing dengan yakin dengan negara luar,” ujarnya.
Turut hadir ke majlis perasmian Wacana Strategi KPT ialah menterinya, Datuk Seri Zambry Kadir.
Sementara itu, pelaksanaan objektif wacana dijalankan dalam beberapa sesi pembentangan selain forum interaktif yang dibarisi oleh pembentang dan ahli panel serta pakar dalam bidang masing-masing.
“Input daripada pembentangan dan forum tersebut akan digunakan sebagai input hala tuju pendidikan tinggi negara disamping membangunkan pelan pendidikan tinggi yang baharu,” kata KPT.
Dalam pada itu, ia juga akan memberikan peluang kepada pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan tinggi untuk berkongsi pandangan dan pengalaman.
“Perkongsian ini dikongsi terus kepada pemimpin negara dan kementerian yang merangkumi strategi dalam mendepani cabaran masa kini dan akan datang,” ujar KPT lagi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source