Tinggi Asid Folik & Khasiat Luar Biasa, Ibu Hamil Patut Ambil Labu Kuning!
Buah labu yang sering dijadikan bahan dalam kuah lemak dan juga kuih muih ini mempunyai khasiat yang cukup baik terutama bagi ibu hamil.
Jika anda kini sedang hamil, jadikan buah labu antara buah kesukaan anda sepanjang hamil. Ia mengandungi asid folik yang baik dimakan semasa hamil bagi mencegah kecacatan bayi sejak lahir.
Maka, tidak hairan juga labu kuning sering digunakan sebagai makanan pelengkap bagi ibu yang menyusukan anak. Mari lihat khasiat labu kuning yang lain supaya boleh dimanfaatkan.
1. Banyak kandungan nutrisi
Memetik dari Food Data Central U.S. Department of Agriculture (USDA), dalam 100 gram kandungan nutrisi labu kuning terdiri daripada:
Tenaga: 35 kalori
Protein: 1.18 gram
Karbohidrat: 8.24 gram
Serat: 1.2 gram
Gula: 3.53 gram
Kalsium: 24 mg
Kalium: 412 mg
Vitamin C: 10,6 mg
Selain khasiat di atas, terdapat beberapa vitamin dan mineral lain yang terkandung dalam labu. Berkat kandungan labu kuning, sayur ini dapat memenuhi keperluan nutrisi harian.
2. Mencegah kecacatan tiub neural
Spina Bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terbelah), adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural.
Labu kuning mengandungi asid folik yang baik untuk dimakan semasa hamil. Folat adalah nutrien yang terlibat dalam pembahagian sel dan sintesis DNA. Ini boleh membantu mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi yang baru lahir. Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengambil labu untuk wanita hamil.
3. Menurunkan risiko kanser
Apabila anda makan labu kuning, beta-karoten atau fitokimia dalam buah tersebut akan diubah menjadi vitamin A. Kandungan ini boleh membantu mencegah perkembangan beberapa jenis kanser. Dipetik daripada Maturitas, makanan yang kaya dengan fitokimia telah dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser, termasuk kanser payudara dan prostat.
4. Menyihatkan mata
Tubuh memerlukan vitamin A untuk menyokong kesihatan mata. Mengambil labu kuning yang kaya dengan vitamin A, adalah pilihan terbaik bagi seseorang yang berisiko mengalami degenerasi makula yang berkaitan dengan usia.
Malah, labu kuning juga kaya dengan vitamin C. Apabila seseorang mendapat vitamin C daripada makanan, ini boleh mengurangkan risiko terkena katarak.
5. Mencegah GERD
Khasiat labu kuning untuk perut juga boleh membantu mencegah refluks asid atau GERD kerana mengandungi serat. Serat yang tidak larut dalam labu boleh mempercepatkan kadar makanan dari perut ke usus dan sekali gus, mengurangkan kejadian GERD.
6. Indeks glisemik rendah
Khasiat labu sangat bagus untuk penghidap diabetes. Hal ini kerana, labu kuning mempunyai kalori dan indeks glikemik yang rendah, jadi membantu mengekalkan paras gula dalam darah daripada melonjak.
7. Meningkatkan kesihatan kulit
Kandungan antioksidan seperti beta-karoten dan lutein dalam labu kuning juga terbukti bermanfaat untuk kesihatan kulit. Ini kerana antioksidan berperanan dalam mencegah pengoksidaan dan keradangan sel kulit.
Ia sudah tentu boleh melindungi kulit daripada kerosakan, tanda-tanda penuaan dan pertumbuhan kanser kulit.
8. Menurunkan berat badan
Biarpun kalori labu cenderung rendah, makanan ini kaya dengan nutrien. Oleh itu, ramai orang manfaatkan labu kuning untuk menurunkan berat badan. Kandungan serat dalam buah-buahan ini boleh membuatkan berasa kenyang lebih lama, seterusnya menghalang peningkatan selera makan.
9. Sumber vitamin C
Pengambilan vitamin C yang mencukupi terbukti dapat meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Ia boleh membantu sel-sel imun berfungsi dengan lebih berkesan. Di mana, labu kuning mengandungi banyak vitamin C, yang membantu mengekalkan imuniti dan kesihatan badan.
Menarik: Its Another Hero”, Fahri Dah Ada Geng, Dayah Bakar Selamat Bersalin Anak Kedua!
Bila lagi nak healing dan bonding time dengan anak-anak, buat aktiviti yang mereka suka? Kalau ajak main VR game, mesti anak-anak happy!
Jom, daftar segera ke Santai Petang Pa&Ma! Sambil dengar talk dan main game, boleh juga bawa balik goodies dan menang banyak hadiah. Best kan?
Daftar di sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/pama-santai-petang/
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source