Christmas Truce: Gencatan Senjata Di Tengah-tengah Perang Dunia
Esok, mesti semua orang tahu esok cuti sebab Krismas. Cuba la korang dengar lagu Chrismas Truce dari Sabaton, band rock yang selalu buat lagu yang diinspirasikan daripada peristiwa sejarah.
Dalam Islam, Perjanjian Hudaibiyah jadi teladan bagaimana gencatan senjata dihormati antara pihak bertelagah.
Sempena Krismas, kisah sama yang terkenal ialah Christmas Truce dikatakan berlaku dalam Perang Dunia Pertama di perbatasan Ypres, 1914.
Ia berlaku pada malam krismas semasa Perang Dunia Pertama berlangsung dalam fasa paling memeritkan buat tentera yang terlibat.
Berminggu-minggu, malah berbulan lamanya mereka ini terpaksa bertahan di dalam parit. Perang seumpama ini digelar sebagai “trench warfare”.
Ia pertempuran jarak dekat demi menganjak seinci dua kawasan yang direbut.
Pada hari tersebut menjadi hari di mana “No Man’s Land” menjadi tidak seperti hari-hari biasa di mana mayat bergelimpangan di sini-sana.
Pada malam Krismas, 24 Disember 1914, nyanyian lagu Krismas dari parit Jerman disambut dengan nyanyian dari parit British demi gencatan senjata sebelum mereka kembali bertempur esoknya.
Tentera British dan Jerman yang bertelagah semalamnya dikatakan saling berjenaka dan bergelak ketawa, menyanyikan lagu krismas bersama-sama, bermain bola, berkongsi rokok dan cenderamata malam itu sahaja sebelum mereka bermusuh semula selepas itu.
Etika menghormati gencatan senjata, pertempuran secara berhadapan, kesediaan mereka yang bertempur patuh dan menghormati pihak yang sudah menyerah kalah di dalam Perang Dunia Pertama menjadikan mengapa Perang Dunia Pertama digelar sebagai “Gentleman’s War” yang terakhir.
Tekanan yang amat tinggi kepada anggota tentera yang terlibat kerana selain faktor kehilangan nyawa dek peluru musuh, mereka terpaksa berkubu di dalam parit berbulan-bulan dan dalam kesejukan cuaca dan hujan lebat.
Malah persekitaran parit yang kotor, tanpa sistem sanitasi serta penuh dengan mayat rakan yang terkorban memaksa mereka bertahan dari menjadi sakit atau gila dek kegilaan yang berlaku.
Sesungguhnya, peperangan ialah bilamana soldadu muda berkorban demi kepentingan pemimpin tua. Pengajaran akan kisah ini ialah bagaimana agama sepatutnya mampu menyatukan bangsa, budaya dan ideologi.
Agama adalah fitrah manusiawi.
“Peace on earth, goodwill to all men.”
Keesokan harinya, lawan yang menjadi kawan kembali menjadi lawan semula.
Itulah lumrah peperangan.
Nak tahu macam mana teruknya keadaan ketika perang? Dapatkan PERANG DUNIA KEDUA di Shopee kami sekarang dengan diskaun Jualan Akhir Tahun!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source