Cara Buat Acar Rampai Yang Sedap , Lauk Kenduri Yang Lama Tak Jumpa. Ini Tip Supaya Acar Rangup
Wah…Nampak sedap je Roti Sweet Bun @ Bun Manis ni. Selain cicah dengan teh atau kopi, makan macam tu je pun sudah membuka selera.
Roti yang baru siap dibakar, memang sangat sedap. Lain dari roti yang sudah beberapa jam dibakar. Aromanya tu, fuh…sukar digambarkan. Bagi sesetengah daripada kita yang memang peminat roti, mereka pasti faham ‘feel’ yang min cuba sampaikan ni.
Kalau nak tahu enak macam mana, mailah kita cuba resipi perkongsian FB saudari Tempias Hawa ni. Cukup mudah dan boelh uli guna tangan. Jika ada Bread Maker, lagi mudah kerja. Anda pasti puas hati dengan hasilnya.
CARA BUAT ROTI BUN MANIS @ ROTI SWEET BUN GEBU GEBAS
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung gandum – beli online disini
2 sudu makan marjerin (boleh gantikan dengan minyak masak) – beli online disini
1 paket yis (mauripan) – beli online disini
1/2 cawan air suam
2 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
1 sudu makan baking powder – beli online disini
1 biji telur
2 sudu makan gula – beli online disini
1 sudu teh garam – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Bancuh yis bersama air suam. Kacau dan biarkan hingga sedikit berbuih.
2. Dalam bekas berlainan, satukan semua bahan kecuali campuran yis. Gaul rata dan sebatikan.
3. Masukkan bancuhan yis dan uli sehingga doh tidak melekat di jari. Pastikan adunan tidak terlalu lembut.
4. Selepas diuli, perap doh selama 1 jam sehingga adunan menjadi kembang seperti dalam gambar di bawah.
5. Selepas 1 jam, tumbuk-tumbuk doh bagi membuang angin.
6. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bentukkan mengikut bentuk yang diingini. Susun dalam tray atau loyang bersesuaian.
7. Sapu kuning telur diatas doh yang telah dibulatkan tadi.
8. Rehatkan doh sebentar sementara menunggu ketuhar dipanaskan.
9. Bakar roti menggunakan suhu 180C selama 30 minit. Jika suka roti yang lebih keperangan, tambahkan masa membakar namun jangan samapi roti menjadi hangus pula.
10. Keluarkan roti yang siap dibakar dan sapu sedikit marjerin dipermukaannya. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk topping, terpulang untuk letak apa-apa bahan yang dirasa sesuai. Tak sapu kuning telur pun tidak mengapa.
Kredit resipi & foto: Tempias Hawa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source