Thonis-Heracleion: Atlantis Mesir Purba? – The Patriots
Sebuah kuil dewi Aphrodite dan kuil Amun ditemui di luar Heraclion di pantai Mediterranean Mesir oleh ahli arkeologi Mesir dan Perancis dari European Institute for Underwater Archaeology.
Diorang menemukan bandar pelabuhan purba Thonis-Heracleion di Teluk Abu Qir berserta sisa-sisa kuil di terusan selatan bandar tersebut.
Heracleion, lebih dikenali dengan nama asal dan Mesirnya Thonis, dan kadangkala dipanggil Thonis-Heracleion ialah sebuah bandar pelabuhan Mesir purba yang terletak 32 km timur laut Iskandariah di Laut Mediterranean.
Sebelum Iskandariah terkenal disebabkan Alexander the Great, Heracleion melalui zaman kegemilangannya apabila menjadi pelabuhan utama untuk masuk ke Mesir kepada armada-armada yang tiba dari seluruh Yunani.
Kuil yang didedikasikan untuk dewi cinta Yunani iaitu Aphrodite dikenal pasti berdasarkan beberapa patung gangsa dan seramik yang ditemui.
Penemuan ni dianggap sangat penting kerana ia menggambarkan bahawa orang Yunani dibenarkan berdagang dan menetap di bandar itu pada zaman Firaun dinasti Saïte sekitar 664 – 525 SM.
Oleh sebab itu, mereka ada sebuah kuil untuk tuhan mereka sendiri. Selain itu, mereka turut menemui sejumlah senjata milik tentera upahan Yunani.
Sebenarnya, Bandar Heracleion ni pernah jadi pelabuhan terbesar Mesir. Bermula seawal abad ke-12 SM, dan bandar ni ada banyak hubungan dengan Yunani Purba. Bandar ni musnah disebabkan gempa bumi yang berterusan dan kenaikan paras laut.
Pada akhir abad ke-2 SM, kemungkinan besar bangunan-bangunan di Heracleion runtuh ke dalam air disebabkan banjir besar yang melanda. Menjelang akhir abad kelapan Masihi, seluruh Heracleion tenggelam di dasar Mediterranean.
Sebelum kami terbitkan KITAB TAMADUN MESIR PURBA, dapatkan dahulu KITAB TAMADUN ROM untuk lengkapkan Siri Kitab Tamadun korang! Dapatkan segera sementara Jualan Akhir Tahun ni!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source