Rosyam mohon maaf ‘kecelaruan’ cadangan buka rumah pelacuran
PETALING JAYA: Selepas dikecam hebat berhubung cadangan rumah pelacuran dibuka untuk pekerja asing, Rosyam Nor memohon maaf atas “kecelaruan yang berlaku”.
Pelakon dikenali dengan watak Castello dalam filem KL Gangster tidak menyangka kenyataan itu akan tular sehingga disalah anggap dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
“Kecoh satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran kononnya saya ada buat kenyataan. Apa-apa hal pun saya minta maaf dulu sebab tak sangka benda ini akan jadi viral,” katanya di Instagram.
Rosyam atau nama sebenar, Mohamed Noor Shamsuddin, 57, berkata orang ramai perlu menonton video penuh dimuat naik ke akaun TikTok Suhan Channel dan membuat penilaian sewajarnya.
“Tapi, itu sebenarnya untuk program podcast aku dekat Suhan Channel. Itu adalah perbincangan, jadi saya rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel tengok keseluruhan video apa yang dibincangkan.
“Terima kasih peka dengan keadaan, sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” katanya.
Rosyam yang mengemukakan cadangan itu menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan dilaporkan berkata, dengan menyediakan rumah pelacuran sekurang-kurangnya kes rogol dapat dikurangkan.
Bagaimanapun, beliau menegaskan ia hanya pandangan peribadi dan meminta penonton menilai sendiri.
Cadangan Rosyam dibidas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri yang menyifatkan kenyataan meletak kaum hawa sebagai alat menyelesaikan masalah sosial sebagai merendahkan martabat golongan itu.
Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor, terkejut dengan cadangan aktor popular itu, menyatakan ia seolah-olah menggalakkan maksiat, sedangkan tiada agama menyukai penganutnya terjerumus ke “jurang yang keji dan merosakkan”.
Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Na’im Mokhtar, berkata cadangan itu tidak boleh diterima dan wajar ditolak semua pihak.
Katanya, dalam mencari penyelesaian kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan lain, sambil menambah saranan itu jelas bertentangan peruntukan undang-undang sivil dan syariah malah melanggar prinsip ajaran Islam.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source