Buka cerita lama, Fathia Latiff tuduh Zarina Anjoulie ‘batu api’?
Pelakon sensasi, Fathia Latif tuduh Zarina Anjoulie ‘batu api’ apabila memuat naik video rakaman siaran langsung yang dikatakan menyentuh perihal kontroversi yang sedang berlaku terhadapnya.
Panggil Zahirah MacWilson bibik?
Fathia yang sebelum tiba-tiba sahaja menyerang pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza di media sosial telah mendapat perhatian ramai kerana terkejut dengan kenyataan yang dilemparkan.
Fathia Latif tuduh Zarina Anjoulie ‘batu api’ lepas buka cerita lama
Susulan daripada, Zarina Anjoulie atau Anju yang sebelum ini dikatakan pernah berkawan rapat dengan Fathia telah membuka cerita lama antara mereka menerusi satu siaran langsung di media sosial.
Dalam video tersebut, Anju menceritakan serba sedikit apa yang berlaku antara mereka sehingga dia pernah dikecam hebat susulan dakwaan bergaduh dengan pelakon terbabit.
@aseancelebrities Zarina Anjoulie || Anju Mula Buka Cerita.. Tentang Fatiya Latiff #ZarinaAnjoulie #FatiyaLatiff
Fathia Latif tuduh Zarina Anjoulie ‘batu api’ di Instagram
Susulan daripada itu, Fatiya yang sedar namanya ‘dipetik’ Anju telah memuat naik semula video terbabit di Instagram miliknya dengan menuduh selebriti terbabit dengan gelaran ‘batu api’.
Minta jangan masuk campur
Dia juga membuat beberapa video di Insta Story dengan meminta Anju untuk tidak ikut campur dalam urusannya dan mengambil kesempatan memandangkan namanya sedang menjadi bualan.
Video telah dipadam selepas beberapa minit
Walau bagaimanapun, video dan posting yang dibuat oleh Fathia telah dipadam olehnya selepas beberapa minit dimuat naik di media sosial.
Kontroversi-kontroversi yang melibatkan Fathia ini seakan berlaku secara tiba-tiba apabila dia membuat siaran langsung dan ada netizen yang meninggalkan komen menulis nama Zahirah serta Aiman.
@roses_officials
Hal tersebut membuatkan Fathia seakan kurang senang dan telah merespon komen tersebut dengan beberapa tuduhan yang agak mengejutkan.
Dia juga mengakui tidak gentar disaman pasangan terbabit kerana apa yang dilakukan adalah haknya untuk bersuara.
Ibu minta jangan hina dan fitnah Zahirah
Namun begitu, provokasi-provokasi yang dicetuskan langsung tidak diendahkan pasangan selebriti terbabit dan hanya ibu kepada Zahirah yang memuat naik posting di Insta Story meminta agar sebarang tuduhan serta fitnah terhadap anaknya dihentikan.
Artikel lain: Disindir rupa seperti bibik, ibu Zahirah bersuara – “Dia cantik luar & dalam”
Sumber: Instagram Fathia Latiff, TikTok Selebriti Malaysia, roses_ officials
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source