“I know you still love me..”- Fathia Latiff kongsi foto zaman bercinta dengan Aiman Hakim Ridza
Pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi foto di laman Instagram bersama bekas kekasihnya yang juga suami aktres jelita, Zahirah Macwilson iaitu Aiman Hakim Ridza.
Fathia Latiff yakin Aiman Hakim Ridza masih mencintai dirinya
Foto tersebut memaparkan Fathia duduk di samping Aiman sekitar tahun 2014 yang pada ketika itu merupakan kekasihnya.
Bukan itu sahaja, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Binti Abdul Latiff turut menyatakan dirinya tahu bahawa aktor Aiman Hakim Ridza masih mencintai dirinya.
“I know you still love me,”tulisnya ringkas.
Dalam hantaran lain, pelakon drama Arianna Rose itu turut memuat naik keratan akhbar yang menyatakan Aiman mengaku masih sayangkan dirinya.
Keratan akhbar tersebut diterbitkan selepas kisah percintaan Aiman dan Fatiya menemui titik akhir dengan menyatakan dia masih sayang sebagai kawan.
“Masih sayang Fathia.. Aiman Hakim Ridza mengaku belum pulih selepas cinta putus di tengah jalan,”petik keratan akhbar tersebut.
Bintang drama Dia… Isteri Luar Biasa juga menulis kapsyen ringkas ‘ Maaf ya bik!’ yang merujuk kepada Zahirah Macwilson sebelum ini.
Difahaman, kedua-dua hantaran tersebut ditutup ruangan komen yang menghalang peminat meninggalkan sebarang kata-kata.
Fathia Latiff makin merisaukan!
Bagaimanapun, kedua-dua hantaran tersebut telah dimuat naik dan dikongsikan semula di platform X (dulu dikenali Twitter) sehingga menjadi bahan bualan wargamaya.
Rata-rata dalam kalangan warganet meluahkan kebimbangan melihat hantaran terbaharu Fathia yang disifatkan semakin ‘tidak sihat’ dari segi mental.
Fatiya post gambar dia dengan Aiman on her ig “i know you still love me” lepastu ada this one old newspaper tulis statement from Aiman yang dia still sayang Fatiya, caption dia “maaf ya bik”. Weh tu zaman tok kadok. Can someone check on her? Mereng sangat ni. Merisaukan 😭
— yiyieeen (@yiyieeen) January 11, 2024
usually if bipolar patient manic, dorang akan kena warded sebab dorang tak perasan pun what they did. they still live in denial and in the past. hopefully her family and close friends can help her laa jangan dibiar https://t.co/aNXGlOiPF1
— live host yi (@idonnoyi) January 11, 2024
Allahu, seeloknya family dia rmpas phone dia .. sblm lg byk aib bukak.. memalukan laa pos gambar laki org https://t.co/UnKHC9G4Gs
— syvzvmirvh 🇵🇸 (@syvzvmirvh93) January 11, 2024
Her family pls la bring her to Hospital. Memang kena cucuk ubat laa orang tu. Kesian Zahirah, mesti affected jugak 🥲 https://t.co/tNPYIlMfIj
— del (@EylinYanaa) January 11, 2024
Artikel lain: Bebas bersuara, Fathia Latiff tetap pendapat rupa Zahirah Macwilson seperti bibik
Kontroversi-kontroversi yang melibatkan Fathia ini seakan berlaku secara tiba-tiba apabila dia membuat siaran langsung dan ada netizen yang meninggalkan komen mengatakan bahawa Zahirah memiliki kecantikan semula jadi sebagai seorang wanita.
Bermula dari situ, Fathia menyifatkan kecantikan yang dimiliki oleh Zahirah adalah seperti pembantu rumah selain bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Aiman yang menurutnya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
aa
Sumber: Instagram @fatiyalatiff
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source