Baru ‘settle’ isu Bezza, giliran Honda HR-V pula rosak lepas 2 minggu diguna
Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan isu kereta jenis Perodua Bezza yang rosak walaupun baru lapan jam digunakan. Kini, giliran Honda HR-V pula mencuri tumpuan apabila seorang pengguna mengadu kereta jenis tersebut mengalami masalah selepas dua minggu diterima.
Baru dua minggu guna dah rosak
Menerusi muat naik yang dibuat pengguna Facebook dikenali sebagai Noriya Mamat, dia meluahkan kekecewaan apabila kereta yang baru diperoleh pada Ogos rosak setelah dua minggu digunakan.
Giliran Honda HR-V pula rosak tapi tak tau apa masalah
Dalam posting tersebut, Noriya memberitahu yang kereta berkenaan diterima pada 26 Ogos 2023 dan mulai mengalami masalah selepas dihantar ke Pusat Servis Gong Badak, Terengganu pada 2 September tahun lalu.
Situasi dialami olehnya lebih parah apabila Pusat Servis Honda memberikan alasan bahawa mereka tidak dapat mengesan punca masalah kereta.
Giliran Honda HR-V pula rosak, diganti Myvi & Honda City buat sementara
Dia yang dalam keadaan hamil ketika itu berasa sedih apabila perlu berulang alik ke pusat servis untuk menyelesaikan masalah kenderaannya.
Disebabkan itu, pusat servis telah memberikan sebuah kereta ganti jenis Perodua Myvi yang didakwa uzur sebelum digantikan semula dengan Honda City untuk berulang-alik ke klinik dan hospital.
Beli waktu hamil, dah bersalin kereta belum okey
Akhirnya kereta dibawa ke HQ KL selepas viral
Walau bagaimanapun, perkongsian luahnya di Facebook akhirnya di dengar dan pihak bertanggunjawab sudah memberi respon serta bertindak untuk membantu menyelesaikan masalah dihadapi wanita berkenaan.
Menerusi update terbaru Noriya di media sosial, dia telah memuat naik momen sewaktu menandatangani surat pelepasan kereta untuk membolehkannya dihantar ke HQ di Kuala Lumpur.
Namun begitu, dia reda dengan apa yang berlaku dan mengucapkan terima kasih kepada semua kerana menularkan luahannya di media sosial sehingga urusan keretanya dipercepat berbanding sebelum ini.
Terdahulu, kisah seorang pengguna kereta jenis Perodua Bezza, Nagakanni Subramaniam tular di media sosial susulan luahannya yang menceritakan kronologi kereta yang baru dibeli didapati rosak selepas 8 jam digunakan.
Artikel lain: Akhirnya! Perodua setuju beli semula kereta Nagakanni dengan harga penuh
Lebih mengelirukan, kereta tersebut dikatakan mengalami masalah disebabkan ‘gula’ walaupun Nagakanni langsung tidak membawa sebarang barang belanja ketika baru sahaja mendapat kenderaan tersebut.
Selepas beberapa kali ‘berjuang’ mendapatkan haknya, akhirnya pihak Perodua setuju untuk membeli semula kereta terbabit disebabkan masalah yang berlaku.
Sumber: Facebook Noriya Mamat
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source