Lelaki disiasat kes kebakaran rumah Ngeh bukan ahli parti politik, kata polis
PETALING JAYA: Lelaki ditahan dalam siasatan kes kebakaran kenderaan di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham bukan ahli kepada mana-mana parti politik, kata Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri.
“Tidak, bukanlah ahli mana-mana parti politik,” katanya menurut Berita Harian mengulas siasatan terkini kes kebakaran di rumah Ngeh, Rabu lalu.
Yusri berkata siasatan juga mendapati lelaki yang ditahan di Shah Alam semalam menetap di luar daerah Manjung, lokasi rumah Ngeh.
Lelaki berusia dalam lingkungan 30an itu direman sehingga Selesa depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan.
Ditanya sama ada motif kejadian berunsur dendam peribadi atau diupah pihak lain, Yusri berkata perkara itu masih dalam siasatan.
Dalam kejadian yang berlaku Rabu lalu, bahan letupan dipercayai molotov cocktail menyebabkan kebakaran di kediaman Ngeh.
Wakil rakyat itu mendakwa insiden itu dipercayai berpunca daripada kenyataan 28 Dis lalu, berhubung cadangan supaya pakar perlembagaan bukan Islam menganggotai Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source