Erra Fazira nafi sudah berkahwin, masih bergelar ibu tunggal
Pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira nafi sudah berkahwin dengan seorang ahli politik dari Perak seperti yang didakwa beberapa bulan lalu.
Erra Fazira nafi sudah berkahwin
Erra berkata, sebaliknya dia masih bergelar ibu tunggal kepada seorang anak perempuan selain meminta orang ramai untuk mendoakan dirinya sentiasa kuat.
“Saya rasa soalan itu sudah basi, sudah bertahun-tahun lamanya.
“Tapi alhamdulillah, saya masih seorang ibu tunggal. Doakan yang terbaik buat saya,” katanya.
Pelakon berusia 49 tahun itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Rampas Cintaku musim ke-2 di Pavilion Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam pada itu, Erra yang memegang watak sebagai Datuk Nasha dalam drama tersebut turut menyuarakan rasa keterujaannya untuk berkongsi layar bersama pelakon hebat masa kini.
“Seperti yang kita tahu, Rampas Cintaku musim pertama sangat diperkatakan kerana jalan cerita dan watak yang dipegang Fasha Sandha.
“Bila tawaran diberikan kepada saya, saya teruja. Tapi watak saya tiada kaitan dengan jalan cerita ‘anak ikan’ namun mewakili pihak yang pasangannya mungkin ada ‘anak ikan’. Ia berbeza dari cerita watak utama.
“Jadi saya teruja, apatah lagi berganding bahu dengan pelakon hebat masa kini dan watak saya pun berbeza dari sebelum ini,” ujarnya.
Sementara itu, primadona filem Melayu itu turut menjawab soalan berhubung kenyataannya baru-baru ini mengenai lagu ‘Ratuku’ nyanyian Datuk Awie yang ditujukan buat dirinya.
Artikel lain: Erra Fazira kesal dituduh dedah perangai Engku Emran – “Nak sensasi pun, jangan buat fitnah”
Erra menjelaskan, dia dan Datuk Awie sudah mempunyai kehidupan masing-masing malah tidak mahu mengenang kisah yang sudah berlalu.
“Benda yang lepas jangan dikenang. Walaupun lagu itu ada penceritaan dan kisahnya, kita perlu menghormati kehidupan Awie.
“Sekarang saya pun ada kehidupan sendiri. Tapi siapa yang tahu, tahulah lagu Ratuku itu ada istimewa di sebalik penceritaannya,” jelasnya.
Untuk rekod, Erra atau Fazira Wan Chek pernah melalui dua perkahwinan iaitu bersama pelakon Yusry Abdul Halim pada 2003 dan berakhir pada 2006, manakala dengan usahawan Engku Emran Engku Zainal Abidin pula pada 2007 hingga 2014.
Kedua-dua perkahwinan telah berakhir dan bersama Engku Emran, dia dikurniakan anak gadis Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source