Pengantin lelaki sanding sendiri, isteri meninggal 2 minggu sebelum majlis
Seorang pengantin lelaki sanding sendiri apabila isteri yang sudah setahun dinikahinya meninggal dunia dua minggu sebelum majlis resepsi mereka.
Tersenyum di pelamin seorang diri
Menerusi perkongsian di TikTok milik Ewansani84, pengantin lelaki dipercayai berasal dari United Kingdom telah bersanding sendirian dengan lengkap memakai pakaian songket dan majlis berjalan dengan adat Melayu.
@ewansani84 Walaupun nmpk happy dlm hati dia je yg tahu..
Pengantin lelaki sanding sendiri baru kehilangan isteri
Ternyata, isteri yang sudah setahun dinikahi di Jepun dikenali sebagai Nur Farah Asykin Mohd Saleh, 35 telah meninggal dunia dua minggu sebelum majlis resepsi tersebut disebabkan kanser limfoma.
Pengantin lelaki sanding sendiri mahu majlis diteruskan
Pengantin perempuan meninggal sebab kanser limfoma
Yang ada di majlis nampak ketabahan suami arwah
Momen ambil baju di butik buat ramai sebak
Dalam pada itu, momen sewaktu pengantin lelaki dikenali sebagai Daniel mengambil baju untuk hari persandingannya telah menjadi perhatian apabila dia kelihatan sebak sewaktu memegang busana yang sepatutnya digayakan isteri.
Menerusi posting yang dibuat akaun kutiqandaman, allahyarham pengantin ada beberapa kali memberitahu tentang perkembangan kesihatannya ketika majlis semakin hampir.
Ternyata, Allah S.W.T lebih menyayanginya dan tidak sempat untuk menyarung baju yang sepatutnya digayakan di majlis resepsi tempoh hari.
@kutiqandaman AlFATIHAH utuk mu dik🫂❤️💕….#farahAshikin tenanglah disana#majlis X kesampaian#cancer#kebaya hijau utk suami🥲salam tahziah utk kluarga/suamifarah
Ramai yang faham apa yang dirasa pengantin lelaki itu
Rata-rata yang menonton kedua-dua video terbabit akui sebak melihat reaksi suami kepada allahyarham Farah yang masih kuat mengukir senyuman walaupun telah kehilangan isteri yang sudah setahun dinikahinya.
Mereka juga turut mendoakan agar Daniel kuat menempuhi ujian hebat ini dan allahyarham pengantin perempuan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman
Kita pula menangis lihat suaminya kesat air mata
Sumber: TikTok Ewansani84, kutiqandaman
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source