Konsert Siti Nurhaliza tetap diteruskan, namun lapang dada terima teguran mufti
Penyanyi nombor satu negara memaklumkan yang konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap diteruskan pada 9 Mac 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur.
Hormat pandangan mufti
Menerusi posting terbaru di Instagram penyanyi tersebut, beliau dan pihak penganjur menghormati kenyataan yang dibuat Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor apabila menyarankan agar ‘Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza’ ditunda memandangkan menghampiri bulan Ramadan.
Konsert Siti Nurhaliza tetap diteruskan, jelaskan konsert bukan bermotif perniagaan
Pihak Yayasan Nurjiwa menyatakan bahawa mereka sedia maklum tentang tarikh tersebut dan sudah menjelaskan perkara ini pada sidang media tempoh hari.
Dalam pada masa yang sama, penganjuran konsert berkenaan bukan bermotifkan keuntungan atau perniagaan memandangkan Yayasan Nurjiwa adalah sebuah badan amal yang ditubuhkan sejak 2006.
Konsert Siti Nurhaliza tetap diteruskan, untuk manfaat banyak pihak
Pihak penganjur kerap memaklumkan tentang lima tujuan utama ‘Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza’ diadakan iaitu untuk kebajikan, kemanusiaan, keagamaan, pendidikan dan bantuan khas Palestin.
Jadi, tujuan konsert berkenaan diadakan sangat jelas buat melakukan kebajikan lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan dan Syawal.
Artikel lain: Lalaikan umat Islam menjelang Ramadan, mufti saran Siti Nurhaliza tunda konsert
Akan berlangsung seperti dijadualkan
Oleh itu, pihak Yayasan Nurjiwa menyatakan yang lebih baik konsert terbabit diteruskan mengikut jadual agar memberi manfaat kepada ramai orang memandangkan keuntungan daripada pementasan tersebut akan disalurkan kepada kesemua tujuan yang telah dinyatakan.
Terdahulu, Datuk Seri Wan Salim mengatakan hiburan yang diadakan menjelang Ramadan seolah-olah melalaikan umat Islam daripada mengingati Allah SWT.
Pada pandangan beliau, penyanyi berusia 45 tahun itu mungkin boleh mengubah tarikh konsert ke satu tarikh yang lain seperti selepas Hari Raya Aidilfitri bagi mengelakkan sebarang kontroversi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source