Seminggu mengidam bau tayar, tauke bengkel bagi wanita hamil hidu sampai puas
Sejak semalam tular di media sosial video seorang wanita yang mengidam bau tayar dan menghidunya bagi melepaskan rasa teringin yang sudah beberapa hari dipendam.
Unik betul benda yang dia mengidam
Video yang dikongsi akaun TikTok mimiaina1 itu menjadi perhatian ramai memandangkan keinginan wanita hamil yang agak unik daripada kebiasaannya.
@mimiaina1
Suami dah larang tapi tetap mengidam bau tayar juga
Susulan daripada itu, menerusi perkongsian dari Harian Metro, Wani mengatakan bahawa sudah hampir seminggu mengidam mahu menghidu bau tayar dan menyatakan hasrat tersebut kepada suami.
Disebabkan hal tersebut suami kepada wanita hamil yang dikenali sebagai Syafiq telah membawanya ke bengkel motosikal bagi memenuhi keinginannya.
Pujuk suami dekat seminggu bagitahu mengidam bau tayar
Ujar Wani lagi, pada awalnya suami menghalang untuknya melayani keinginan tersebut memandangkan tayar pastinya mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh membahayakannya.
Namun, akhirnya suaminya akur untuk membantu memenuhi hasrat berkenaan selepas dipujuk.
“Tapi saya pujuk suami dan beritahunya yang saya nak ambil bau saja,” katanya.
Tauke bengkel bagi bawa balik hidu sampai puas
Tambahnya, mereka telah ke bengkel motosikal sebelum tauke di sana bermurah hati membenarkannya membawa pulang tayar berkenaan di rumah dan menghidupnya sehingga berpuas hati.
“Tak sampai lima minit cium pun dan tak sehingga beli pun. Cuma tauke kedai minta kami bawa balik (tayar) rumah dulu kemudian pulangkan apabila sudah berpuas hati.
“Namun saya kembalikan tayar itu kerana tak nak ada kesan buruk,” jelasnya.
Artikel lain: “Kesian baby” – Suami dah buntu! Isteri hamil luah mengidam minum arak
Bukan suka2 atau sengaja cari perhatian
Selepas hampir sehari dikongsikan, video tersebut telah ditonton hampir dari setengah juta dan pelbagai maklum balas diterima, baik positif mahupun negatif.
Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak ambil kisah dengan kecaman kerana langsung tidak berniat untuk viral atau menarik perhatian.
Dia juga sempat menitipkan sedikit pesan dengan mendoakan agar mereka yang sedang mengidam perkara-perkara pelik sepertinya untuk bersabar dan terus memanjatkan doa agar urusan kehamilan dipermudah sehingga melahirkan kelak.
“Cuma biasalah, reaksi netizen bercampur baur, ada positif dan sebahagiannya ada yang kecam.
“Tapi saya jenis tak ambil kisah pun kerana bukan nak viral, cuma nak lepaskan mengidam yang pelik itu.
“Semoga mereka yang diuji dengan pasangan mengidam pelik bersabar dan mohon doakan saya kerana kini sedang menghitung hari untuk bersalin,” katanya yang dijangka melahirkan cahaya mata bulan depan.
Sumber: TikTok mimiaina1, Harian Metro (Redzuan Muharam)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source