8 Perkahwinan Diraja Paling Mewah Sepanjang Zaman, ‘Wedding Of The Year’!
Bagi peminat dunia astronomi, kejadian-kejadian alam yang jarang muncul sudah pasti akan menarik minat mereka untuk menyaksikannya. Jika dahulu rata-rata rakyat Malaysia dapat menyaksikan Blood Moon atau lebih dikenali sebagai Bulan Berdarah yang hanya dapat disaksikan ketika puncak peristiwa bulan total.
Kali ini sekali lagi rakyat Malaysia bertuah kerana dapat menyaksikan Gerhana Matahari Cincin selaun gerhana matahari separa yang akan dapat disaksikan pada 26 Disember ini.
Lebih menarik lagi, fenomena gerhana Matahari Cincin ini adalah satu fenomena alam yang jarang dapat disaksikan di Malaysia.
Kiranya ini tuah korang la dapat saksikannya sebelum tahun 2019 menutup tirai sebelum 2020 menjengah kita.
Baca perkongsian dari fb Muhammad Syafiq mengenai fenomena ini yang akan berlaku pada 26 Disember ini.
.
GERHANA MATAHARI HIASI LANGIT MALAYSIA .
Kepada Astrophile sekalian,
Jangan lupa.
Pada hari Khamis , 26 Disember 2019 ini akan berlaku fenomena gerhana Matahari cincin atau Anulus dan juga gerhana Matahari separa yang boleh disaksikan di Malaysia.
Fenomena gerhana Matahari adalah suatu fenomena alam yang sangat jarang dapat disaksikan di Malaysia .
Kali terakhir gerhana Matahari cincin dapat disaksikan di Malaysia pada 22 Ogos 1998 yang lalu.
Manakala kali terakhir gerhana Matahari separa dapat disaksikan di Malaysia pada 09 Mac 2016.
Antara kawasan di Malaysia yang akan dilintasi gerhana Matahari cincin adalah :-
– Johor : Tanjung Piai, Teluk kerang, Kukup dan juga Pengerang.
– Sarawak : Serian, Kota Samarahan.
Kawasan lain di Malaysia pula hanya berpeluang menyaksikan gerhana Matahari separa .
Bagaimana gerhana Matahari cincin berlaku?
Secara ringkasnya, gerhana Matahari cincin berlaku disebabkan kedudukan Bulan berada jauh dari Bumi ketika ia melintas di hadapan Matahari sehingga jasad Bulan kelihatan lebih kecil berbanding ketika berlakunya gerhana Matahari penuh yang ketika itu kedudukan Bulan berada dekat dengan bumi.
Jadi, Matahari tidak akan tertutup sepenuhnya oleh Bulan seperti mana ketika gerhana Matahari penuh yang menyebabkan suasana kawasan yang dilintasi gerhana akan berubah menjadi gelap seketika tetapi Matahari hanya kelihatan seperti cincin yang dikenali sebagai ‘ Ring Of Fire ‘ dan suasana kawasan yang dilintasi gerhana Matahari cincin masih lagi terang .
Ketika gerhana nanti, diameter sudut Matahari adalah 0.542° iaitu 1.7% lebih besar daripada purata dan jaraknya adalah 147128523 km.
Diameter sudut Bulan pula 0.518° ke 0.526° iaitu 1.0% lebih kecil daripada purata dan jaraknya ketika kemuncak gerhana adalah 384241 km .
Sekitar tujuh hari selepas Bulan berada pada kedudukan Perigee ( dekat dengan Bumi ) dan tujuh hari sebelum Bulan berada pada kedudukan Apogee ( Jauh dari Bumi ) .
Selain Malaysia, beberapa negara lain juga berpeluang menyaksikan gerhana Matahari cincin dan juga separa.
Gerhana Matahari cincin akan bermula dari semenanjung Arab iaitu melintasi timur laut Arab Saudi, selatan Qatar, selatan UAE dan utara Oman sebelum memasuki laut Arab.
Selepas itu, gerhana Matahari cincin akan melintasi selatan India dan utara Sri Lanka.
Seterusnya, gerhana akan bergerak melintasi utara Sumatra, Kepulauan Riau, sebahagian kecil selatan semenanjung Malaysia, tengah dan selatan Singapura, sebahagian kecil Sarawak, Kalimantan dan sebahagian kecil selatan Filipina.
Akhir sekali, gerhana Matahari cincin akan melintasi laut Filipina menuju ke Kepulauan Mariana dan berakhir di perairan barat Lautan Pasifik.
Keseluruhan laluan gerhana Matahari cincin akan melalui kawasan sepanjang kira – kira 12900 km iaitu mencakupi 0.34% permukaan Bumi dan mengambil masa sekitar 3 1/3 jam.
Gerhana Matahari separa pula akan dapat disaksikan di sebahagian kecil Afrika Utara/timur , Timur Tengah, Asia Tengah Asia Selatan, Asia Timur, Asia tenggara, Australasia dan Kepulauan di barat Lautan Pasifik .
Waktu gerhana Matahari separa dan gerhana Matahari cincin bermula dan berakhir :
– Kawasan pertama yang dapat menyaksikan gerhana Matahari separa bermula :-
10:29 AM / 26 Disember2019
( waktu Malaysia ) .
* Sebahagian jasad Bulan mula berada di hadapan piringan Matahari .
..
– Kawasan pertama yang dapat menyaksikan gerhana Matahari cincin bermula :-
11:34 AM / 26 Disember 2019
* Jasad Bulan sepenuhnya berada di hadapan piringan Matahari. Matahari ketika ini mula kelihatan seperti cincin.
– Kemuncak gerhana Matahari cincin :-
01:17 PM / 26 Disember 2019
* Jasad Bulan sepenuhnya berada di tengah piringan Matahari.
– Kawasan terakhir yang dapat menyaksikan gerhana Matahari cincin berakhir :-
03:00 PM / 26 Disember 2019
* Sebahagian jasad Bulan mula bergerak keluar dari hadapan piringan Matahari .
..
– Kawasan terakhir yang dapat menyaksikan gerhana Matahari separa berakhir :-
04:05 PM / 26 Disember 2019
* Jasad Bulan sepenuhnya keluar dari hadapan piringan Matahari. Gerhana Matahari berakhir sepenuhnya .
..
Durasi maksimum gerhana Matahari cincin kali ini adalah selama 03 minit 40 saat.
* Waktu yang dinyatakan adalah waktu umum untuk keseluruhan fasa gerhana. Waktu bermula sehingga berakhirnya gerhana di setiap kawasan adalah berbeza.
Untuk menyemak waktu yang lebih terperinci di kawasan anda , boleh ke pautan yang tertera :-
( https://xjubier.free.fr/…/solar_…/ASE_2019_GoogleMapFull.html )
..
Selepas gerhana Matahari cincin 26 Disember ini , gerhana Matahari cincin akan sekali lagi dapat disaksikan di Malaysia pada 21 Mei 2031 !
Ketika itu, gerhana Matahari cincin akan melintasi Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Sarawak .
Wallahu A’lam .
Rujukan :-
– Fred Espenak and Jean Meeus . Five Millennium Canon of Solar Eclipses: -1999 to +3000 (2000 BCE to 3000 CE )
– ” What Is an Annular Solar Eclipse ? ”
( timeanddate.com )
– Fred Espenak . Moon at Perigee and Apogee : 2001 to 2100 .
– ” Besselian elements for the Annular Solar Eclipse of 2019 DEC 26 ”
( eclipse.gsfc.nasa.gov )
..
Kredit gambar : Kevin Baird
..
Ikuti Channel telegram
‘AstroMet Malaysia’ untuk maklumat menarik berkenaan topik astronomi dan meteorologi :-
( https://t.me/AstroMetMalaysia )
– Muhammad Syafiq –
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source