Wanita bangga pandu ‘kereta Malaysia’ 180km/j, netizen pesan nyawa cuma satu
Perkongsian satu video di media sosial menunjukkan wanita bangga pandu ‘kereta Malaysia’ 180km/j menjadi topik perbualan netizen memandangkan keberaniannya melakukan aksi berbahaya di atas jalan raya.
Terbang sampai Genting Highland katanya
Menerusi posting yang dikongsi akaun X @bckupacc99, dapat dilihat perakam video terbabit menghalakan kamera ke meter had laju kereta terbabit yang mencecah 180 km/j.
Ujar mereka dalam nada berseloroh, kereta tersebut dipandu supaya terus ‘terbang’ hingga ke Genting Highland memandangkan cukup laju dan pastinya boleh membahayakan nyawa sendiri juga pemandu lain.
Kalau macam ni,
dduk sbelah nak lelap kejap pun takut 😭 pic.twitter.com/uFEir81hxR
— ًِ (@bckupacc99) January 18, 2024
Wanita bangga pandu ‘kereta Malaysia’, sangat bahaya sebab ‘body’ ringan
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata meninggalkan komen menyelar tindakan wanita terbabit yang memandu dalam keadaan melulu.
Ujar mereka, jika dia memandu kereta buatan Malaysia yang difahamkan bahagian badan sedikit ringan, risiko untuk mengalami kemalangan sangat tinggi kerana momentum yang terjadi disebabkan kelajuan tersebut.
Wanita bangga pandu ‘kereta Malaysia’ 180km/j, netizen dedah kalau kena langgar nyawa boleh ‘terbang’
Terang2 langgar had laju kelajuan
Risau laju-laju terus ke syurga
Ada juga daripada mereka menasihati wanita terbabit supaya memandu dalam kelajuan yang ditetapkan kerana nyawa hanya satu serta bila-bila masa sahaja boleh dilanggar kesalahan trafik di jalan raya.
Tak risau ke kalau tiba2 ada yang melintas
Banyak kesalahan lalu lintas dibuat
Artikel lain: Dua rentung kemalangan empat kenderaan, lori dipercayai dipandu laju ketika jalan sesak
Walau bagaimanapun, video yang dikongsi tidak dapat dipastikan lokasi dan masa kejadian tersebut berlaku kerana tiada sebarang keterangan dilampirkan.
Boleh jadi video yang dikongsi sekasar konten dan wanita berkenaan sebenarnya seorang pemandu yang berhemah di jalan raya.
Sumber: X @bckupacc99
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source