Banjir: Kelantan dapat RM34 juta, dana terbesar baik pulih jalan, cerun
KOTA TINGGI: Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan permohonan RM113 juta bagi menyelenggara jalan dan cerun di negeri terjejas banjir pada Monsun Timur Laut.
Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi, berkata penyelenggaraan jalan di 81 lokasi secara keseluruhan melibatkan kos RM57.6 juta, manakala cerun sebanyak RM55.4 juta di 48 lokasi.
Beliau berkata, pecahan peruntukan itu antaranya melibatkan empat negeri terjejas teruk iaitu Johor sebanyak RM30.17 juta, Kelantan (RM34 juta), Pahang (RM28.3 juta), dan Terengganu (RM11.3 juta), manakala bakinya melibatkan beberapa negeri lain.
“Semua permohonan ini telah dibuat kajian dan diambil kira anggarannya termasuk dari sudut teknikal, semua kerja yang akan dijalankan adalah lengkap dan kita telah meluluskan (peruntukan),” katanya pada sidang media selepas meninjau laluan FT003 Jalan Johor Bahru-Endau berhampiran Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada).
Beliau berkata, penyelenggaraan akan dilakukan segera dengan mengambil kira keadaan cuaca semasa.
“Kita ingin kerja-kerja ini dibuat cepat, kalau boleh buat sekarang, tetapi keadaan sekarang kita lihat masih ada lagi hujan di negeri terlibat.
“Bagaimanapun, kita akan buat yang terbaik dan sempurna untuk kebaikan rakyat,” katanya.
Beliau berkata, terdapat empat lokasi laluan membabitkan Jalan Kota Tinggi-Mersing turut akan dinaik taraf dengan kos RM120 juta.
Sementara itu, Nanta berkata dua permohonan projek di Johor akan dimasukkan bagi Rolling Plan kelima Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Beliau berkata, ia membabitkan projek menaik taraf Jalan Kota Tinggi-Mersing dengan kos RM6 juta dan penggantian jambatan Sungai Semaloh di Kluang dengan kos RM30 juta.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source