Bapa dipercayai mabuk pukul anak hingga kena 12 jahitan
Polis difahamkan suspek menggunakan kerusi, raga pakaian, dan besi papan seterika untuk memukul mangsa.
PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan dimasukkan ke hospital dan menerima 12 jahitan di kepala, selepas dikatakan ditendang dan dipukul dengan pelbagai objek oleh bapa sendiri.
Dalam kejadian di Kota, Negeri Sembilan itu, polis menahan suspek di hadapan rumahnya dalam keadaan mabuk, pada 12.30 tengah malam semalam.
Ketua Polis Rembau, Hazri Mohamad, memberitahu Harian Metro siasatan lanjut mendapati mangsa yang berusia 17 tahun itu ditendang di bahagian perut, dengan luka pada bahagian kanan, lebam pada bahu kanan, serta luka pada kepala.
“Difahamkan suspek menggunakan kerusi, raga pakaian dan besi papan seterika untuk memukul mangsa,” katanya.
Mangsa dibawa ambulans ke Hospital Tampin untuk rawatan dan akan dirujuk ke Hospital Kuala Pilah untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar perubatan.
Hazri berkata suspek mempunyai tujuh rekod jenayah, termasuk membabitkan dadah, menurut semakan polis. Dia direman empat hari bermula hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source