Petra Jordan, Lambang Kemegahan Tamadun Arab Purba
Dikala kita dikecewakan dengan keputusan 4-0 yang memihak Jordan semalam, mari kita kenal siapa tamadun Arab Purba yang pernah tinggal di bumi Jordan.
Rasa nak menangis kalah sebesar tu.
Petra, Jordan.
Dipercayai bahawa tapak Petra di Jordan ini dibina seawal 500 SM sehingga 300 SM.
Bandar Petra terkenal dengan senibina dan teknologi bangsa Arab Nabatean yang ada teknologi memotong dan mengukir batu dah macam potong kayu je.
Selain tu, sistem saliran air yang dimiliki oleh Arab Nabatean di Petra juga mengagumkan.
Bandar Petra hari ini dipercayai mampu naik berdasarkan faktor kehebatan bangsa Arab mengawal sumber air di tengah-tengah padang pasir sehingga mampu mencipta oasis buatan manusia.
Antara cara yang digunakan oleh orang Arab Nabatean untuk mengawal saliran air ialah melalui empangan, terusan, saliran, cisterns dan seumpama dengannya.
Dengan kemampuan ini, orang Arab Nabatean mampu untuk menyimpan air dalam jangka masa yang lama.
Kedudukan Petra di tempat yang strategik di laluan perdagangan membolehkan orang Arab Nabatean yang asalnya ialah sekadar puak arab nomad biasa di padang pasir mengumpul kekayaan yang maha hebat apabila Petra menjadi pusat perdagangan.
Bahkan walaupun ketika berada dibawah taklukan Empayar Rom, Petra sebagai sebuah kota purba bangsa Arab ketika itu tetap berada dibawah zaman kegemilangannya.
Selain itu, kota Petra terkenal dengan binaan bernama Al-Khazneh yang bermaksud harta.
Ianya merupakan kuil arab Purba yang masih kekal sehingga ke hari ini.
Asalnya, ianya hanya sebuah makam yang dibina pada pemerintahan Aretas IV Philopatris.
Orang Arab Nabatean guna seni bina Greek-Roman ketika memahatnya di lereng gunung memandangkan pengaruh Hellenistic sangat meluas ketika itu.
Pada tahun 363 pula, bangsa Arab hanya mampu melihat seni bina nenek moyang musnah akibat sebuah gempa bumi yang dahsyat.
Petra dikatakan rosak teruk tetapi tak cukup untuk melenyapkannya daripada bumi.
Seorang pengembara Switzerland, Johann Ludwig Burckhardt temui kota ni pada tahun 1812 Masihi.
UNESCO pun menyenaraikannya sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban dunia. Kalau korang peminat Indiana Jones, mustahil korang tak tahu Petra pernah dijadikan lokasi penggambaran filem ni.
Cuba teka Indiana Jones yang mana satu?
Oleh: Azizul Farhan
___
Macam mana bangsa Arab sebelum kedatangan Rasulullah SAW? Jawapannya ada dalam KITAB TAMADUN ISLAM. Dapatkan segera sementara stok masih ada!
https://shope.ee/3VLEJpJ2BM
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source