Akidah perjuangan diteruskan, kata Adun PAS selepas MP Bersatu sokong Anwar
Adun Sungai Burong, Zamri Zainuldin berkata, parti itu amat kecewa dengan keputusan Zulkafperi Hanapi mengisytiharkan sokongan kepada Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Seorang Adun PAS menyifatkan keputusan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi daripada Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai kejutan amat mengecewakan buat parti itu.
Adun Sungai Burong, Zamri Zainuldin berkata ketika Perikatan Nasional memilih beliau sebagai calon di Parlimen Tanjong Karang pada PRU15, seluruh kepimpinan PAS bahagian taat kepada keputusan itu.
Yang Dipertua PAS Tanjong Karang itu berkata, selepas tindakannya semalam, PAS tidak lagi terikat untuk bersama Zulkafperi.
“Bagi kami kemenangan di Parlimen dan kedua DUN di bawahnya akan kami cuba kekalkan.
“Pimpinan datang dan pergi, namun akidah perjuangan mesti diteruskan. Kami di DUN Sungai Burong akan meneruskan khidmat seperti biasa, tiada sebab untuk kami memperbesarkan masalah demi membawa aspirasi masyarakat di Tanjong Karang,” katanya dalam kenyataan.
Selain Sungai Burong, DUN Permatang yang diwakili Nurul Syazwani Noh juga di bawah Parlimen Tanjong Karang.
Zulkafperi yang mengisytiharkan sokongan kepada perdana menteri semalam berkata, keputusannya itu bagi memastikan nasib dan pembangunan penduduk di Parlimennya terus terbela.
Tetapi, beliau menegaskan masih setia kepada Bersatu.
Sebelum ini, lima Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Anwar, iaitu Syed Abu Hussin Hafiz (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source