#OOTD Tahun Baru Cina Kurang ‘CUN’? Tampil Menawan Dengan Koleksi Terbaru Love, Bonito
Kes cabul dan perlakuan seksual tanpa rela bukan lagi kes baharu.
Hampir setiap hari, ada saja kes yang melibatkan remaja dicabul terutamanya di kalangan perempuan terjadi di Malaysia.
Apa yang membimbangkan adalah bagaimana emosi mangsa kejadian yang selalunya diketepikan dalam kes sebegini. Tidak kira jika mangsa adalah seorang yang popular ataupun remaja biasa, emosi mereka akan terganggu malah berdepan dengan tempoh trauma.
Terbaru, bintang TikTok popular dari Amerika Syarikat, Loren Gray mengakui dia pernah menjadi mangsa ke cabul.
Setelah mendiamkan diri selama 5 tahun, Loren yang kini berusia 18 tahun memberanikan diri untuk bercakap mengenai pengalamannya sebagai salah seorang daripada ribuan mangsa cabul dan hubungan seksual tanpa rela.
Dalam sebuah video yang dimuat naik olehnya, Loren memberitahu 43 juta pengikutnya di TikTok bahawa kejadian tersebut berlaku sebelum hari jadinya yang ke-13.
Dan seperti yang dijangka, ia melibatkan seorang yang dipercayai oleh Loren sendiri. Ia membuktikan bahawa 95% kes cabul selalu dilakukan oleh orang yang kita kenali.
Satu persoalan timbul.
Mengapa mangsa cabul dan hubungan seksual tanpa rela seperti Loren Gray tidak menyerahkan saja kes ini kepada pihak polis. Or worse, mengapa mereka enggan mengadu kepada orang terapat seperti ibu bapa dan lebih memilih untuk mendiamkan diri.
Ini merupakan di antara sebab Loren sendiri yang memerlukan 5 tahun sebelum berani berkongsi.
01
Diri Sendiri Keliru
Pada peringkat awal, Loren hanya memberitahu tentang kejadian itu kepada rakan karibnya sahaja Dia bergelut untuk memahami bagaimana kes cabul boleh berlaku kepada dirinya.
Mangsa mungkin pernah membaca mengenai kes cabul di portal dan surat khabar. Mereka tahu apakah yang dimaksudkan dengan cabul, mereka tahu perbuatan apakah yang boleh dikategorikan sebagai cabul.
Namun, fikiran mereka bertukar blank apabila ia terjadi kepada diri sendiri. Lalu, mereka keliru sekiranya perkara seperti ini adalah sesuatu yang boleh dilaporkan.
02
Sendiri Merasa Bersalah
Walaupun mangsa cabul berada di pihak yang benar, selalunya mereka akan diserang rasa takut berbanding si pelaku yang tidak merasa bersalah.
Kata Loren, “I was scared, I felt like it was my fault.”
Mangsa akan merasakan kejadian itu berpunca dari diri sendiri walhal mereka telah mengatakan TIDAK kepada pelaku.
03
Rasa Tidak Pasti
Persoalan ‘Bagaimana Jika (what if) akan mula timbul.
“Bagaimana jika saya buat laporan, adakah polis akan mempercayai saya?”
“Bagaimana jika saya memberitahu ibu bapa, adakah mereka akan memarahi saya kerana memilih teman lelaki seperti itu?”
“Bagaimana jika saya berjumpa kaunselor sekolah, adakah saya akan dipandang serong?”
Terlalu banyak persoalan bermain di minda mangsa pada waktu yang sama, membuatkan mereka bingung apakah tindakan pertama yang perlu diambil. Loren sendiri mengambil masa 2 bulan untuk memberitahu ibu bapanya tentang kejadian cabul tersebut. Berapa bulan pula akan kita ambil jika ia terjadi kepada kita?
04
Rasa Malu Yang Teramat
Sebagai sebahagian daripada masyarakat Asia, kita memegang kuat kepada budaya dan agama. Budaya Timur disanjung, agama pula menjadi tiang kehidupan.
Apabila terpalit dengan kes cabul, mangsa secara automatik akan mula merasa malu, malah jijik dengan diri sendiri. Dia memikirkan dirinya bukan lagi perempuan yang innocent di mata masyarakat. Lebih teruk sekiranya masyarakat mulai melemparkan pandangan serong terhadapnya.
“It takes two to tango” – kata mereka. Jika perempuan tidak menyahut, masakan lelaki akan memulakan.
Ini merupakan di antara dilema paling biasa yang dirasai mangsa lalu mereka memilih untuk berdiam diri.
*
Loren bertuah kerana sebaik saja dia memuat naik confession video tersebut, peminatnya terus membalas dengan komen-komen positif.
“Saya menangis bila menonton video ini.”
“Kita tidak tahu apa yang orang lain sedang hadapi, awak sangat kuat.”
“Awak adalah role model saya, ini bukan kesalahan awak.”
Tetapi itu Loren.
Bagaimana pula jika kes cabul dan hubungan seksual tanpa rela berlaku kepada kita yang tidak sepopular Loren? Adakah kita akan berdiam diri ataupun bertindak?
“Saya terharu dengan sokongan kamu. Tetapi saya juga risau kerana kes cabul berlaku dengan kerap sekali sekarang. Saya berharap kita akan lebih terbuka untuk bersuara,” katanya.
Jika korang mengenali sesiapa yang menjadi mangsa kes cabul dan hubungan seksual tanpa rela – ataupun kamu sendiri adalah salah seorang daripada mangsanya, hubungi WhatsApp Talian Kasih 019-2615999 yang beroperasi 24 jam sehari.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source