‘Try hard’ goda wanita bekerja, lelaki mengaku komando mencarut minta perhatian
Bekerja di hadapan kaunter sememangnya menguji kesabaran lebih-lebih lagi apabila diganggu golongan yang kurang perhatian. Hal ini sama terjadi dengan seorang wanita apabila perlu berhadapan dengan lelaki mengaku komando yang ‘try hard’ mahu menggodanya.
Ni namanya menganggu bukan mengurat
Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok, dia telah memuat naik satu rakaman situasi ketika sedang bekerja dan diganggu oleh individu yang mengaku bertugas sebagai anggota beruniform.
Dapat didengar menerusi video terbabit, lelaki itu bersungguh-sungguh cuba mengurat wanita berkenaan yang sedang bekerja.
Lelaki mengaku komando mencarut tak dilayan
Bermula dengan pertanyaan-pertanyaan biasa sehingga dia mengeluarkan kata-kata kurang sopan hanya kerana soalan merepeknya tidak dilayan oleh wanita berkenaan.
Walaupun terlihat cuba untuk bersikap biasa, jelas kelihatan wanita itu kurang selesa dengan sikap lelaki yang mengaku sebagai komando terbabit memandangkan ayat-ayat yang dilontarkan menjurus ke arah gangguan apabila berani memanggil ‘sayang’.
Artikel lain: Inspektor Sheila makin rapat dengan Iqbal, pilih jadi polis & banteras jenayah
Lelaki mengaku komando dikecam netizen
Perkongsian wanita terbabit telah menuai pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata geram dengan sikap lelaki tersebut yang sewenangnya bersikap kurang sopan lebih-lebih lagi ketika wanita itu sedang bekerja.
Mana tidaknya, pelbagai permintaan dan soalan dikemukan langsung tidak dilayan tetapi dia terus-terusan mengeluarkan kata-kata merapu serta kasar kepada wanita itu.
Ulang-ulang mengaku komando
Mencarut tu memang redflag laa
Nasib baik ada pak cik datang kaunter
Dalam rakaman video yang lain, wanita terbabit dilihat sedikit lega apabila ada individu lain memasuki ruangan tersebut bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.
Dia juga tetap bersikap profesional dengan melayan dengan ramah individu yang dipanggil pak cik walaupun lelaki mengaku komando itu masih berada di sekitar premis.
@ailaa.z Replying to @nazrah mcm Ni lah Hari hari , Mcm mcm Perangai pelik kita kena hadap . Yang penting . Next customer kita kena layan elok elok . Jgn sbb komondo kita Badmood . Okay? 🤭
Sumber: TikTok ailaa.z
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source