Menteri KPT hadir mesyuarat ASSEMME kali ke-9 di Malta
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom dan meneruskan lawatannya ke Malta bermula 25 hingga 26 Januari 2024.
Sertai sesi plenari & 4 sesi perbincangan meja bulat
Difahamkan, dalam rangka lawatan kerja YB Menteri ke Malta selama 2 hari, beliau telah menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pendidikan Tinggi Asia-Eropah Kali Ke-9 (ASEMME9) dan telah menyertai sesi plenari serta empat sesi perbincangan meja bulat.
Antara perincian yang dibincangkan adalah:
i. Horizon inklusif: Memanfaatkan kecerdasan buatan untuk masa depan kolektif dalam bidang Pendidikan; dan
ii. Mengembangkan teknologi dan kaedah pembelajaran yang inovatif dalam pendidikan kesihatan: Menyediakan laluan kepada perkembangan dan pembangunan inklusif pendidikan kesihatan
i. Perbincangan meja bulat pertama berkenaan matlamat pembangunan mampan dalam sektor pendidikan;
ii. Perbincangan meja bulat ke-2 berkenaan pengiktirafan dan mobiliti seimbang;
iii. Perbincangan meja bulat ke-3 antara menteri adalah tentang pembelajaran sepanjang hayat dan TVET; dan
iv. Perbincangan meja bulat antara menteri ke-4 menfokuskan kepada digitalisasi.
Diberi penghormatan berucap di sesi meja bulat
Tak hanya itu, Dato’ Dr Zamry juga telah diberi penghormatan untuk berucap pada sesi perbincangan meja bulat dengan tajuk Digitalisation.
Beliau dengan jelas telah menerangkan mengenai apakah impak digitalisasi kepada tiga komponen penting sejagat iaitu Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), pembelajaran sepanjang hayat dan TVET.
Perbincangan kerjasama strategik dengan Menteri Pendidikan Romania
Selain itu, beliau turut terlibat secara langsung dengan pembentangan laporan terkini (Stocktaking Report) berhubung status aktiviti dan program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2022-2023.
Dikesempatan itu, pertemuan dua hala bersama dengan Menteri Pendidikan Romania, Puan Ligia Deca bagi membincangkan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan antara dua negara terutamanya dalam bidang pendidikan tinggi juga dilakukan.
Jumpa rakan sejawat
Dato’ Dr Zamry juga berkesempatan berjumpa dengan beberapa rakan sejawatan dan delegasi dari Jepun, Ireland dan Argentina untuk berkongsi idea dan pandangan mengenai pendidikan dan penyelidikan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source