Noh Salleh mungkir janji! Bawa keluar anak angkat tanpa izin
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina tampil menjelaskan hal sebenar dengan menyatakan bekas suaminya, Noh Salleh telah mungkir janji.
Noh Salleh mungkir janji, dedah wajah anak angkat
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrin Azman, 44, berkata, Noh Salleh mungkir janji terhadap perjanjian untuk tidak mendedahkan wajah anak angkatnya, Musa untuk tatapan umum.
Malah, pelatun lagu Kotak Hati itu juga telah membawa keluar anak angkatnya yang berusia dua tahun tanpa kebenaran ketika dia berada di luar negara, baru-baru ini.
Jelasnya yang juga ibu susuan kepada Musa, dia merupakan penjaga sah seperti yang diperintahkan oleh mahkamah dan tindakan Noh itu jelas memberikan kesan emosi pada dirinya selama lebih tiga minggu.
“Musa diambil daripada saya tanpa kebenaran, pengetahuan dan tidak mempunyai sebarang maklumat. Anak saya dibawa lari daripada saya.
“Saya mengambil Musa sebagai anak angkat pada hari kedua dia dilahirkan dan saya menyusukan dia. Selama dua tahun, Musa tidur di atas katil yang sama, menghadiri rutin kelas bersama rakan-rakannya. Tetapi sewaktu perjalanan menuju ke menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja dan terpaksa pulang ke Kuala Lumpur selepas mendarat, dia (Musa) sudah diambil tanpa izin dan pengetahuan saya, sedangkan saya mempunyai hak penjagaan terhadapnya.
“Sejak daripada itu, saya tidak mengetahui mengenai keberadaannya dan tidak berkomunikasi, tidak menerima sebarang foto atau video selama lebih tiga minggu.
“Sekarang ini, bekas suami telah memuat naik wajah Musa di media sosial dan telah mungkir janji. Kemudiannya berkata dia tidak mengetahui mengenai perkara ini (tidak boleh dedah privasi Musa) walhal sebenarnya saya tahu dia tahu.
“Privasi Musa telah terjejas dan hidupnya tidak akan sama. Bekas suaminya kemudiannya membuat kenyataan permohonan maaf kepada ibu kandung Musa dan tidak sensitif terhadap keinginan ibu kandung yang enggan dikenali.
“Sekali lagi, mendedahkan privasinya sejurus selepas wajah Musa terdedah,“kongsi Mizz Nina dalam sebuah hantaran pada pagi Ahad.
Artikel lain: Noh Salleh mohon maaf kepada Athira, tak tahu perjanjian dilarang kongsi wajah Musa
Bekas suami rela hati tandatangan dokumen hak penuh penjagaan kepada Mizz Nina
Kongsinya lagi, Noh sendiri rela hati menandatangani dokumen undang-undang yang memberi hak penuh kepada dirinya sebagai penjaga Musa.
“Selepas bercerai dengan dia, (Noh) rela hati menandatangani dokumen undang-undang memberi saya hak penjagaan sepenuhnya untuk menjaga Musa di hadapan pesuruhjaya sumpah.
“Sejak itu, dia sudah hilang hak untuk menjadi penjaga Musa,”kata Mizz Nina.
Mizz Nina berkata, dia terpaksa bersuara mengenai isu terbabit bagi menceritakan hal sebenar agar tidak timbul sebarang spekulasi atau fitnah.
Sementara itu, dia tidak menafikan ada mengelak daripada berkomunikasi dengan Noh memandangkan hubungan mereka bukan lagi mahram.
“Dalam Islam sendiri, perkara itu salah. Kalau dia mahu berkomunikasi, sepatutnya dengan mahram saya iaitu suami (Essam Muhammad) atau bapa saya,” jelasnya.
Terdahulu, ibu kandung kepada Musa yang hanya mahu dikenali sebagai Athira menafikan dakwaan dia memberi keizinan kepada penyanyi, Noh Salleh untuk mendapatkan Musa.
Athira berkata, dia dimanipulasi dan dipergunakan oleh penyanyi itu untuk kepentingan sendiri bagi mendapatkan Musa yang dibawa keluar dari rumah Mizz Nina, dengan bantuan seorang pengasuh.
Vokalis kumpulan Hujan kemudiannya tampil mohon maaf kepada Athira kerana memuat naik gambar kanak-kanak berkenaan di media sosial dan menyatakan yang dirinya sama sekali tidak tahu sebarang perjanjian yang dibuat bersama bekas isteri, Mizz Nina berkaitan larangan mendedahkan wajah Musa kepada umum.
Sumber: Instagram @officialmizznina
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source