Waktu Hamil Kalau Terlampau Lapar Jangan Makan Banyak. Ambil Kurma!
Luluh hati bila bayi baru lahir mengalami cacat telinga. Bukan tak boleh menerima takdir Ilahi tapi sedih kerana ia akibat kesilapan ibu yang menggunakan produk kecantikan bertoksik 2 tahun sebelum hamil.
Pelbagai kesan buruk produk kecantikan bertoksik sudah didedahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), disebarkan di merata media sosial namun masih ada lagi yang percaya dan sanggup menggunakannya.
Perkongsian oleh laman facebook Public Health Malaysia ini diharap dapat membuka mata ramai wanita yang terlalu obses dengan produk kecantikan tidak diiktiraf kerana ia mungkin berisiko menyebabkan bayi yang anda kandung mengalami kecacatan!
INI ADALAH PUNCA PRODUK ACNOTIN TIDAK BOLEH DIJUAL SECARA ONLINE !
Seorang bayi yang baru dilahirkan dirujuk kepada pasukan pakar kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan lanjut berhubung kecacatan telinga.
Cuping telinga kanan bayi tersebut terlalu kecil dan lubang telinganya boleh dilihat dengan jelas. Manakala telinga kiri hanya ada sedikit daging yang tergantung dan TIDAK mempunyai lubang telinga.
Siasatan lanjut mendapati ibu bayi malang tersebut telah menggunakan produk Isotretinioin selama 2 tahun sehingga 1 bulan sebelum hamil. Keadaan ini di namakan sebagai Isotretinin Embryopathy.
Selain kecacatan telinga, kecacatan lain yang boleh berlaku adalah;
✅ Tulang dan struktur wajah
✅ Sumbing
✅ Masalah sistem saraf
Oleh kerana risiko TERATOGENIK iaitu kecacatan pada bayi, ubat yang mengandungi bahan aktif Isotrenionin perlu dikawal dengan ketat dan WAJIB mendapat pemerhatian doktor sebelum dan semasa di gunakan.
TERKINI, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum tentang penjualan ubat terkawal produk Acnotin yang dijual secara dalam talian sama ada melalui media sosial.
Tanpa mendapat rujukan doktor dan tahu mengenai risiko TERATOGENIk kepada bayi, penjual BERANI menjual produk ubat terkawal ini secara online dengan berleluasa. Bagi meyakinkan pelanggan, testimoni digunakan untuk membuktikan keberkesanan produk.
FAST FACT
☑️ Bahan aktif Acnotin iaitu Isotretinoin
☑️ Isotretinoin dikelaskan sebagai Racun Kumpulan B di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.
☑️ Pembekalan ubat-ubatan mengandungi racun Kumpulan B, Ahli Farmasi berlesen hanya boleh membekalkan ubat-ubat tersebut kepada pesakit melalui preskripsi yang sah yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar, pengamal pergigian berdaftar atau pegawai veterinar
☑️ Isotretinoin mempunyai kesan sampingan TERATOGENIK dan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
☑️ Penjualan Acnotin atau produk-produk yang mengandungi Isotretinoin secara dalam talian adalah dilarang sama sekali dan tidak sah di sisi undang-undang.
APAKAH TINDAKAN KKM?
KKM telah menubuhkan satu ‘task force’ yang berfungsi untuk melakukan ‘Internet-activity analysis’ termasuk memantau dan menyiasat mana-mana aktiviti penjualan produk farmaseutikal secara dalam talian termasuklah produk Acnotin.
Sehingga kini, sebanyak 50 laman sesawang dan media sosial berkaitan penjualan produk Acnotin telah disaring, dipantau dan diambil tindakan di seluruh Malaysia seperti sekatan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
KESEDARAN PENGGUNA
Kegilaan wanita terhadapat kecantikan sememangnya luar biasa.
Sebelum ini, banyak perkongsian mengenai produk yang mengandungi merkuri yang sememangnya di ketahui menjejaskan buah pinggang dan memberi kesan kepada perkembangan otak anak anak.
Informasi kami kongsikan, terserah kepada kebijaksanaan anda untuk mebuat pilihan menjauhi apa jua produk untuk kecantikan bertoksik.
ADUAN & PERTANYAAN
☑️ Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di https://moh.spab.gov.my
☑️ Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200
☑️ Semak status produk di https://npra.moh.gov.my/ ATAU hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.
Sumber
1. A Case of Suspected Isotretinoin-Induced Malformation in a Baby of a Mother Who Became Pregnant One Month after Discontinuation of the Drug https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2703771/
2. Kenyataan Akhbar KPK 12 Disember 2018 – Larangan Penjualan Produk Acnotin Secara Dalam Talian
https://kpkesihatan.com/…/kenyataan-akhbar-kpk-12-disember…/
Sumber: Public Health Malaysia
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source