Dajal Keluar, Korang Buat Apa?
Betul ke, kalau Dajal keluar nanti, korang boleh acah-acah join team dia, tapi nanti late game korang boleh bunuh dia? Kalau ini macam, Dajal tu kira level ayam-ayam je lah. Apa pendapat korang?
Sebenarnya, korang jangan overconfident. Fitnah Dajal ini bukan macam main PUBG atau Mobile Legend. Fitnah Dajal dah kira another level. Kalau setakat nak berbual kosong, pastikan korang dalam keadaan waras baru boleh nak cerita.
Pertamanya, Dajal esok akan datang semasa satu dunia sedang kebuluran. Dajal akan menawarkan gunung roti dan sungai yang jernih, untuk orang yang sujud menyembahnya sebagai Tuhan. Kalau satu tempat tu follow Dajal, akan turun hujan yang mengakhiri kemarau bertahun-tahun. Dua tempat sahaja yang tidak akan dipijak oleh Dajal, iaitu Mekad dan Madinah.
Kuat ke iman korang?
Bukan itu sahaja. Kalau mak bapak korang dah mati, Dajal akan datangkan ‘mak bapak’ korang semula. Kedua-dua orang tua korang akan menyuruh ikut Dajal. Kalau nak tahu, sebetulnya ia adalah syaitan yang menyerupai mak bapak korang. Itu semua tipu daya Dajal. Ulama kata, ada orang yang merasa imannya kuat untuk melawan Dajal, tetapi akhirnya dia menjadi pengikut Dajal.
Korang nak pangkah Dajal?
Ibnu Umar meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda, “Dajal akan turun ke Mirqonah (nama sebuah lembah) dan majoriti pengikutnya adalah kaum wanita, sehingga ada seorang pemuda yang pergi kepada isterinya, ibunya, puterinya, dan saudarinya, kemudian mengikatnya kerana bimbang mereka akan keluar menuju Dajal”. (HR Ahmad)
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada satu pun mahluk sejak Adam diciptakan hingga terjadinya kiamat yang fitnahnya lebih besar daripada Dajal.” (HR Muslim).
Tak payahlah. Cukuplah ikut sebijik-bijik macam yang Nabi Muhammad SAW suruh. Jangan acah-acah nak menyamar pengikut Dajal lepastu cong dia, itu semua mengarut. Silap haribulan, korang betul-betul jadi pengikut Dajal. Sekarang, lebih baik korang istiqamah amalan yang menyelamatkan diri daripada fitnah Dajal. Surah al-Kahfi dah baca Jumaat ini?
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah Dajjal.” (HR Bukhari & Muslim).
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Islam ajar macam mana nak selamat daripada fitnah Dajal. Korang yang minat dengan tamadun Islam, bacalah KITAB TAMADUN ISLAM. Klik: https://shp.ee/qme30gs
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source