MITI bangunkan ‘dashboard’, mudahkan pihak industri & orang awam pantau kemajuan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang membangunkan papan pemuka (dashboard) untuk Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (New Industrial Master Plan 2030 -NIMP 2030).
Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, selain papan pemuka, indikator utama lain juga dibangunkan untuk semua dasar di bawah kementeriannya.
Ini bagi memudahkan pihak industri dan orang awam memantau kemajuan pelaksanaan dasar-dasar tersebut.
“Dalam tempoh pelaksanaan dasar, kita juga perlu berani untuk menyemak sasaran dan menambah baik dasar tersebut jika perlu,”katanya pada majlis Dialog MITI 2024, hari ini.
Artikel lain: MIHAS buka peluang akses perdagangan halal global
Dialog MITI 2024 itu diakhiri dengan satu tekad yang utuh untuk pelaksanaan berdisiplin serta menjalinkan kerjasama lebih erat antara sektor awam dan swasta.
Ia menjadi pemudah cara pelbagai pertukaran idea dan perbincangan yang dinamik mengenai strategi, penyelesaian dan pelaksanaan yang lebih kukuh untuk meningkatkan lagi ekosistem industri, perdagangan dan pelaburan Malaysia, berdasarkan sebagai dasar yang menyeluruh.
Ujar Tengku Zafrul, beberapa isu utama telah digariskan bagi merealisasikan NIMP 2030 dalam memacu perkembangan ekonomi Malaysia pada masa akan datang.
Antaranya adalah seperti mempersiapkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terhadap pendedahan ESG melalui Rangka Kerja ESG Industri Kebangsaan (i-ESG), menangani jurang bakat dalam industri pembuatan, menarik pelabura langsung asing (Foreign Direct Investment(FDI)) yang disasarkan dan memastikan industri menerapkan penggunaan teknologi baharu secepat mungkin.
“Pelaksanaan NIMP adalah penting bagi Malaysia untuk terus meningkatkan daya saing landskap perniagaan dan pelaburan negara.
“Dalam merealisasikan inisiatif ini, MITI pada tahun lepas telah mengumumkan Kad Laporan Suku Tahunannya, di mana MITI telah berkongsi kemajuan pelbagai dasar di bawah bidang kuasa MITI,”kata Tengku Zafrul.
MITI juga berharap agar pihaknya dapat terus memperkukuhkan kerjasama dan perkongsian dengan pelbagai pihak berkepentingan lain untuk memacu perindustrian semula negara ke arah pemerkasaan ekonomi Malaysia.
Difahamkan, hampir 300 peserta terdiri daripada wakil-wakil 103 persatuan industrian, dewan perniagaan dan majlis perniagaan; serta 24 kementerian, agensi termasuk MITI dan agensi-agensi di bawah telah hadir ke sesi dialog tersebut.
Terdahulu, pihaknya telah menerima serahan sebanyak 60 memorandum, merangkumi 32 kategori dan sejumlah 163 isu yang mencerminkan minat serta komitmen mendalam dari pihak industri dan agensi.
Ia atas tujuan memberi sumbangan kepada penambahbaikan dan pelaksanaan dasar berkaitan industri untuk memajukan lanskap pelaburan dan perdagangan negara.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source