Sahabat Nabi Menanggung Penyeksaan – The Patriots
Hari ini kita senang-lenang dengan Islam, sedangkan sahabat terdahulu berkorban jiwa dan raga. Jangan kita lupakan pengorbanan mereka. Mari, ambil tahu perjuangan para sahabat Nabi yang sanggup terkorban demi tauhid!
Bilal bin Rabah mempunyai seorang tuan bernama Umayyah bin Khalaf. Tuannya itu mengikat bahu atau lehernya dengan tali, lalu Bilal diseret dengan kasar ke sekeliling pergunungan Mekah oleh kanak-kanak.
Rentapan tali itu membekas di bahu Bilal. Dia juga selalu diikat dan dipukul dengan tongkat. Dia turut dipaksa berjalan di atas batu-batu kecil yang panas di bawah terik matahari dalam keadaan lapar dan dahaga.
Paling menyeksakan, Bilal pernah dibaringkan di atas pasir dalam cuaca panas terik dan dadanya ditindih dengan sebongkah batu besar yang berat.
Bilal hanya mampu menyebut, “Ahad, Ahad,” iaitu mengingati Allah yang Maha Esa. Penyeksaannya berakhir bila Abu Bakar al-Siddiq membebaskannya dari Umayyah dengan harga 5 Uqiyah yang bersamaan 200 Dirham Perak.
Khabbab bin Arat turut menanggung seksaan dari seorang perempuan kafir bernama Ummi Anmar. Belakang badannya pernah ditekap dengan besi yang panas. Pipi dan ubun-ubun kepalanya ikut menjadi mangsa.
Rambut dan leher Khabbab ditarik dengan kasar, lalu badannya dilempar ke dalam api. Apabila Khabab dikeluarkan daripada kobaran api, kelihatan lemak yang meleleh keluar daripada daging badannya yang dipanggang.
“Ya Allah, bantulah Khabbab,” doa Rasulullah ﷺ kepadanya.
Tiba-tiba pada suatu masa, Ummi Anmar terkena sawan. Badannya panas dan dia melolong seperti anjing gila. Tiada ubat yang dapat menyembuhkannya kecuali dengan satu nasihat daripada bomoh Arab. Katanya, ubat bagi penyakit ini adalah dengan mengambil besi panas yang dibakar api, lalu menempelkannya ke ubun-ubun kepala.
Akhirnya, Ummi Anmar diseterika oleh kaum keluarganya sendiri pada setiap pagi dan petang.
Sahabat-sahabat lain tidak kurang deritanya. Zubair bin Awwam yang baru berumur 16 tahun telah dibelasah sehingga badannya mengidap penyakit. Mus’ab bin ‘Umair telah dihalau dan dibiarkan kelaparan oleh ibunya sendiri.
Shuhaib al-Rumi diseksa sehingga tidak sedar apa yang dia ucapkan. Abu Fakihah pernah diikat kakinya dan diseret di atas padang pasir yang panas. Zunairah pernah dipukul sehingga matanya menjadi buta. Ummu Ubais, an-Nahdiyah dan Amir bin Fuhairah pernah diseksa berhari-hari oleh kafir Quraisy.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Korang yang nak tahu lebih lanjut tentang perjuangan Rasulullah SAW, dapatkanlah MUHAMMAD DAKWAH DAN DIPLOMASI. Klik: https://shp.ee/h3eepou
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source