Kisah Umar al-Khattab Masuk Islam
Kisahnya, Umar al-Khattab pernah bertekad untuk membunuh Muhammad SAW. Kerana dia merasakan baginda adalah punca kepada perpecahan bangsa Arab. Dengan pedang yang terhunus, Umar bergegas mencari baginda dalam keadaan marah.
Dalam perjalanan, Umar bertembung dengan Nu’aim bin Abdullah yang juga dari kaumnya. Tanpa pengetahuannya, Nuaim sudah pun menjadi pengikut Rasulullah SAW.
“Hai Umar, engkau mahu ke mana?”
“Aku mahu membunuh orang yang memecahbelahkan kaumku dan menghina nenek moyangku!”
“Hai Umar, adakah engkau merasa boleh terlepas daripada Bani Abdul Muttalib kalau engkau membunuh Muhammad?”
“Kalau aku dibunuh oleh Bani Abdul Muttalib sekalipun, aku tidak peduli!”
Nu’aim bin Abdullah menjadi cemas dengan keselamatan Rasulullah SAW. Dia risau sekiranya Umar akan mencederakan baginda. Oleh itu, Nu’aim menggunakan helah untuk mengalihkan perhatian Umar daripada mencari Muhammad SAW.
“Hai Umar, mengapa engkau tidak mulakan dengan ahli keluargamu sendiri?”
“Ada apa dengan keluargaku?”
“Iparmu, Sa’id bin Zaid dan adikmu Fatimah binti al-Khattab, mereka berdua sudah jadi pengikut Muhammad. Engkau akan malu kalau membiarkan mereka.”
Kata-kata Nu’aim itu mengalihkan perhatian Umar. Tanpa banyak bertanya, dia pun mengubah haluannya untuk pergi mencari adik perempuannya. Nu’aim mengambil kesempatan ini untuk berlari ke rumah al-Arqam dan menyampaikan amaran kepada Rasulullah SAW.
Semasa langkah Umar menghampiri rumah adiknya, dia terdengar tilawah Surah Taha. “Taa’ Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang Maha Menguasai Arasy.”
Sebenarnya, Sa’id dan Fatimah belajar membaca al-Quran daripada Khabbab bin Arat. Mereka yang sedang khusyuk bertadarus itu tersentak bila mendengar bunyi dentuman pada pintu. Umar memukul pintu rumah dengan sekuat hati. Khabbab lantas menyembunyikan dirinya di suatu sudut terpencil. Lalu, Fatimah pun mempersilakan abangnya untuk masuk.
“Apakah racauan yang aku dengar tadi?” tanya Umar.
Sa’id dan Fatimah menafikan apa yang Umar dengar.
“Aku telah mendengarnya, dan aku dimaklumkan yang engkau berdua telah menjadi pengikut Muhammad!” jerkah Umar.
“Memang benar kami sudah masuk Islam. Kami beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Jadi, buatlah apa yang engkau mahu,” jawab Sa’id.
Umar al-Khattab pun membelasah adik iparnya. Fatimah, adik kandungnya ikut campur dan hidungnya pun berdarah. Umar berasa kasihan dengan adiknya itu. Lalu, dia meminta untuk melihat mushaf al-Quran yang dibaca oleh mereka. Fatimah memberikannya selemas Umar bersuci.
Apabila membaca Surah Taha, Umar pun terpesona dan hatinya terbuka untuk Islam, “Betapa indah dan mulia kata-kata ini!”
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Korang yang nak tahu lebih lanjut tentang perjuangan Rasulullah SAW, dapatkanlah MUHAMMAD DAKWAH DAN DIPLOMASI. Klik: https://shp.ee/h3eepou
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source