Siti Nordiana bakal ‘kahwin’, ajak peminat hadir majlis persandingan di Zepp KL
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui bakal berkahwin dan telah pun menerima lamaran daripada Icon Entertainment bagi menganjurkan konsert solo pertama, Memori Berkasih Siti Nordiana 25 tahun.
Malah, pemilik nama Siti Nordiana Alias turut mengajak para peminatnya untuk hadir ke ‘majlis persandingan’ tersebut di Zepp, Kuala Lumpur pada 11 Mei ini.
“Ya, saya nak berkahwin. Jemput datang ke majlis persandingan di Zepp, Kuala Lumpur,”ujarnya.
Artikel lain: 14 tahun jadi ibu tunggal, Siti Nordiana cari lelaki yang memahami & tolak ansur
Jawapan ringkas diberikan oleh Siti Nordiana atau mesra disapa Nana sekali gus menutup spekulasi kononnya dia bakal mendirikan rumah tangga setelah gambarnya memakai gaun putih tersebar beberapa hari lalu.
Mohon maaf, dedah ‘kahwin’ dengan kerjaya
Dengan rasa rendah hati, dia juga memohon maaf secara terbuka jika ada mana-mana pihak yang salah faham dan menyangka dia akan akan mendirikan rumah tangga.
“Ada yang mesej saya kecewa kerana menyangka saya akan berkahwin. Dia merajuk sampai ingin berpindah ke planet Marikh,” katanya ketika ditemui Oh My Media di sidang media Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun di Kuala Lumpur pada Selasa.
Jelasnya, foto berbusana pengantin baru-baru ini sebenarnya khusus untuk acara istimewa dan sangat bermakna dalam hidupnya sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni.
“Memori Berkasih Siti Nordiana 25 tahun terlalu istimewa buat saya kerana akan menjadi panggung dan ‘pelamin khas’ untuk saya meraikan karier bersama peminat yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan muzik saya selama ini,”ujar Siti Nordiana.
Bagi penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu, konsert tersebut akan menjadi saksi jatuh bangun sepanjang perjalanan karier selain dirinya juga memang ‘berkahwin’ dengan kerjaya.
Tiada niat cetuskan publisiti murahan
Sementara itu, pihak penganjur, Icon Entertainment menjelaskan mereka tiada niat untuk mencipta publisiti murahan semata-mata mempromosikan konsert Siti Nordiana kepada orang ramai.
Menurut Icon Entertainment, kejayaan yang dikecapi Siti Nordiana dengan pelbagai anugerah, selain profilnya sebagai penyanyi berbakat besar dalam genre Pop, Balada, Entik Kreatif dan Irama Malaysia sudah cukup memandai.
Namun, mesej yang ingin disampaikan oleh pihak penganjur adalah keinginan membangkitkan kembali nostalgia terutama sekitar awal tahun 2000 yang masih bersifat malar segar sehingga sukar dilupakan peminat.
“Siti Nordiana sendiri telah membuktikan bakat nyanyiannya sejak kecil dan masih relevan terhadap industri sehingga kini.
“Ini juga membuatkan Icon Entertainment mahu menganjurkan Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun selepas melihat beliau belum pernah melakukan konsert sepanjang kariernya,”ujar Mike Manicka selaku wakil penganjur.
Menariknya, tema pakaian bagi konsert ini adalah ‘memori silam’ yang membawa maksud busana pertama kali keluar bercinta (dating), pakaian sweet couple dengan pasangan atau pakaian sewaktu cinta monyet di zaman persekolahan (kecuali baju sekolah).
Para peminat boleh mendapatkan tiket mulai 2 Februari ini bermula pada harga RM188 (Paling Comel), RM288 (Memorii Berkasih), RM308 (Mainan Cinta), RM4888 (VIP BOX, 8 PAX PER BOX) menerusi www.ticket2u.com.my.
Dalam perkembangan lain, Siti Nordiana kini terlibat dalam projek khas dengan mengeluarkan zikir-zikir dan selawat pada bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source