Detik-Detik Terakhir Abu Talib – The Patriots
Tahukah anda, bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abu Talib banyak membantu Umat Islam di Mekah. Setelah pemulauan Quraisy tamat, Abu Talib tiba-tiba sahaja sakit tenat.
Bapa saudara baginda itu sudah tidak boleh bergerak dan hanya terbaring lesu di atas katil. Rasulullah SAW datang menziarahi Abu Talib yang sedang nazak di dalam rumahnya.
Dalam keadaan itu, Abu Talib turut dikunjungi oleh sekumpulan pemimpin Mekah iaitu ‘Utbah, Syaibah, Abu Sufyan, Umaiyah daripada bani Jumah, Abu Jahal dan beberapa orang lagi.
Kafir Quraisy menuntut Abu Talib agar memujuk anak saudaranya itu supaya tidak lagi mengajarkan agama Islam kepada penduduk Mekah, “Biarkan kami dengan cara kami, dan kami akan membiarkannya dengan caranya”.
“Anak saudaraku, para pemuka kaummu ini datang untuk urusan yang berkaitan denganmu. Mereka mahu memberikanmu sesuatu dan juga meminta sesuatu daripadamu,” kata Abu Talib.
“Baiklah kalau begitu, katakan kepadaku sebaris kalimat, yang dengannya kalian akan dapat menguasai bangsa Arab, manakala bangsa Parsi pula akan dapat engkau takluki,” balas Rasulullah SAW.
“Demi ayahandamu, kalau untuk itu, jangankan satu, sepuluh kalimat malahan lebih daripada itu pun kami akan berikan,” sahut Abu Jahal.
“Kalian harus katakan, ‘Tiada Tuhan Kecuali Allah’, dan kalian wajib meninggalkan sembahan kalian yang lain kecuali Dia,” sabda Rasulullah SAW.
Kafir Quraisy bermasam muka dan meningkah, “Hai Muhammad, apakah engkau ingin menjadikan tuhan-tuhan itu satu? Sungguh aneh permintaanmu!”
Mereka pun keluar sambil merungut-rungut, “Orang ini tidak akan mengikuti satu pun yang kalian minta. Jadi, ikut sahajalah cara masing-masing dan teruskan beramal dengan agama nenek-moyang kalian sehingga Allah membuat penentuan antara kalian dan dia.”
Setelah pemimpin Mekah bubar, Abu Talib memandang Muhammad SAW.
“Anak saudaraku, seperti yang aku saksikan, engkau tidak meminta kepada mereka sesuatu yang di luar kewajaran,” bisik Abu Talib.
“Pak cik, ucapkanlah kalimah itu agar aku dapat memberikan syafaat kepadamu pada Hari Kebangkitan nanti,” pinta baginda.
“Anak saudaraku, seandainya aku tidak bimbang orang Quraisy menyangka aku mengucapkan kata-kata itu kerana takutkan kematian, nescaya aku akan mengucapkannya. Akan tetapi, kalau aku mengucapkannya sekalipun, ia semata-mata untuk menyenangkan hatimu.”
Tidak lama kemudian, Abu Talib mengalami sakaratul maut. Adik beradiknya, Abbas bin Abdul Muttalib mendekatkan telinga ke bibirnya untuk mendengar kalimah terakhir Abu Talib. Lalu, bapa saudara Nabi itu pun pergi dijemput ilahi.
“Saudaraku telah mengucapkan kalimah yang engkau pinta,” kata Abbas.
Namun, Nabi SAW mengatakan, “Aku tidak mendengarnya.”
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Sirah Rasulullah SAW memang menarik untuk kita pelajari. Korang boleh meneroka lagi dalam MUHAMMAD DAKWAH DAN DIPLOMASI. Klik: https://shp.ee/h3eepou
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source