Khairul Aming cipta fenomena! Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming ‘sold out’ kurang empat minit
Usahawan yang juga pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi cipta fenomena apabila produk keluaran keduanya, Dendeng Nyet Berapi habis terjual (sold out), sebentar tadi.
Khairul Aming cipta fenomena!
Sempena kempen jualan 2.2. di TikTok Shop, Khairul Aming mencatat sejarah apabila berjaya meraih angka jualan lebih RM1 juta dalam tempoh 3 minit 39 saat.
Ia sekali gus mencipta rekod baharu dalam sejarah TikTok Shop sebagai platform jualan dalam talian di Malaysia dalam tempoh yang singkat.
Dikesempatan itu, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua ahli pasukannya yang tidak berhenti bekerja keras dalam membangunkan produk kedua, Dendeng Nyet Berapi.
“Pasukan kami bekerja kuat untuk bangunkan produk ini. Saya amat terharu dengan sokongan anda,”katanya dalam sesi penstriman langsung di TikTok di kilangnya sebentar tadi.
Artikel lain: Khairul Aming umum produk kedua, ambil masa setahun buat ‘research’
Dalam pada itu, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu juga menyatakan dia tidak menyangka akan berdepan dengan situasi gentir sepanjang empat tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Hal ini demikian kerana berlakunya beberapa masalah teknikal sehingga menyukarkan orang ramai mendapatkan keluaran produk keduanya di bawah jenama khairulamingbrand.
Masing-masing jelas menyatakan mereka gagal untuk membuat pembelian kerana berdepan dengan masalah sistem di TikTok.
Tak dapat nak merasa dendeng Khairul Aming 😔 pic.twitter.com/uKtPQuFwQQ
— Sally (@heehaekhun) February 2, 2024
Pun begitu, ramai juga dalam kalangan warganet bertuah dapat membeli Dendeng Nyet Berapi tersebut.
Tahniah Khairul Aming! Sold 80,000 dalam masa 3 minit 39 saat 👏🏻
Alhamdulillah berjaya payment! 🥹@khairulaming pic.twitter.com/HQwY9YmQFv— 😸 (@mizaaa____) February 2, 2024
Sebelum ini, orang ramai dilihat tidak sabar untuk mendapatkan Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming selepas pempengaruh itu mengumumkan keluaran produk keduanya itu baru-baru ini.
Ketika Khairul Aming umum produk kedua, dia berkata sebanyak 80,000 unit Dendeng Nyet Berapi akan dijual pada 2 Februari ini selepas mengambil masa setahun bagi melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
“R&D (penyelidikan dan pembangunan) produk kedua ini mengambil masa selama setahun dan telah memakan modal lebih daripada RM2 juta untuk persiapan mesin dan ubah suai kilang.
“Untuk tahun 2023, jualan Sambal Nyet mencecah Rm20 juta, peningkatan lebih 40% dari tahun 2022. Hari ini juga kita ingin mengumumkan produk kedua di bawah jenama khairulamingbrand,” katanya terdahulu.
Sekadar info, KhairulAming mula menjual Sambal Nyet Berapi tiga tahun lalu dan berjaya meraih keuntungan sebanyak RM7.5 juta pada tahun pertama jualannya dan RM21.5 juta bagi tahun kedua.
Khairul mula membuat konten memasak bermula pada 2016 dan dikenali ramai selepas menghasilkan video masakan sempena bulan Ramadan pada 2018.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source