Kor Ming rasmikan Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan dan Kempen Keselamatan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming telah merasmikan Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan dan Kempen Keselamatan Sempena Tahun Baru Cina 2024 di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Kor Ming, program ini merupakan agenda tahunan kementeriannya di bawah seliaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Kor Ming rasmikan Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan
Ia dilaksanakan bagi menyusun strategi awal persediaan dan kesiapsiagaan JPBM untuk menghadapi insiden kecemasan yang mungkin berlaku sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina ini.
Beliau berkata, program ini adalah satu medium terbaik untuk tujuan pendidikan, penguatkuasaan, pencegahan dan pemantauan ke arah meningkatkan kesedaran rakyat dalam keselamatan terutama pada musim perayaan.
“KPKT menyambut baik inisiatif pihak bomba ini kerana ia merupakan satu langkah yang proaktif dan berkesan ke arah mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan
“Selain itu, ia juga meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia dalam aspek keselamatan terutama ketika musim perayaan.
“Dalam kegembiraan kita menyambut perayaan ini, selain aspek keselamatan di jalan raya, kita juga tidak boleh mengambil mudah akan aspek keselamatan pencegahan kebakaran terutama di kediaman masing-masing.
“Rumah yang ditinggalkan perlu dipastikan berada dalam keadaan selamat dan hapuskan punca-punca yang boleh mencetuskan kebakaran,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Dalam pada itu, KPKT komited untuk memastikan semua jalan raya, lampu jalan dan sistem perparitan di bawah Seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai kerosakan akan ditambah baik.
Artikel lain: Kumpulan pertama Simen Rahmah diserahkan ke projek pembinaan – KPKT
“Nasihat ikhlas saya kepada semua rakyat Malaysia ketika musim perayaan ini supaya memandu dengan cermat dan berhati-hati mengikut peraturan yang ditetapkan.
“Rancanglah perjalanan dan dapatkan rehat yang secukupnya sebelum memandu jauh. Malang tidak berbau. Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang,” ujarnya.
Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan dan Kempen Keselamatan
Pada majlis sama, KPKT dan JBPM telah mengagihkan alat pemadam api kepada Pasukan Bomba Komuniti, Emergency Response Team (ERT) dan Pasukan Bomba Sukarela serta pengguna jalan raya.
“Pengagihan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam masyarakat tentang kepentingan penggunaan alat pemadam api terutamanya dalam aspek pencegahan awal bagi kebakaran di bangunan dan juga kebakaran kenderaan,” katanya.
Turut berlangsung adalah penyampaian sijil Perakuan Bomba kepada premis-premis dikategorikan sebagai premis yang ditetapkan dan mematuhi keperluan kebombaan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source