“Mahu Anak Dapat Kasih Sayang Sama Rata” Erra Fazira Tak Mahu Berebut Anak Dengan Bekas Suami!
Meskipun tidak lagi bersama bekas suami, Engku Emran, namun pelakon dan penyanyi, Erra Fazira tidak mahu anak tunggalnya Aleesya kurang kasih sayang ibu dan bapa.
Disebabkan itulah kata Erra, dia tidak pernah berniat untuk merebut hak penjagaan anaknya malah dia dan Emran sanggup bertolak ansur demi kebahagiaan anak mereka.
Tambah Erra lagi, dia tidak mahu anaknya
merasai nasib sama sepertinya tidak merasa kasih sayang bapa.
“Macam saya, saya dibesarkan ibu tunggal dan tidak pernah dapat kasih sayang seorang bapa, sekali gus membuatkan saya faham sangat perasaan perit itu.
“Jadi saya nekad mahu anak saya dapat kasih sayang kedua-dua kami walaupun antara saya dan bapanya tiada apa-apa lagi ikatan.
“Saya sebagai ibu enggan mengganggu proses pembesarannya, selain mahu Aleesya mendapat hak untuk hidup bahagia,” katanya.
Bahkan kata Erra, setiap ibu bapa perlu merendahkan ego dan mengutamakan kebahagiaan anak selepas bercerai tanpa mementingkan diri sendiri.
“Ibu bapa perlu merendahkan ego masing-masing dengan memberi keutamaan kepada kebahagiaan zuriat mereka selepas bercerai.
“Apabila bercerai, keadaan memang tegang terutama membabitkan soal anak. Nasihat saya kepada pasangan bercerai, sebagai orang dewasa kita letakkan ego ke tepi,” katanya.
Terdahulu, Erra berkahwin dengan Engku Emran dan dikurniakan cahaya mata perempuan Engku Aleesya kini berusia 15 tahun.
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAGhttps://www.youtube.com/watch?v=DnhPZpRuBx4
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source