Ubahsuai Myvi Jadi ‘Campercar’, Wanita Ini Jelajah 10 Negeri Dengan Bajet Jimat!
Tahu tak negara kita mempunyai pemandangan langit menarik bagi merakam pemandangan angkasa, bintang-bintang atau bima sakti (Milky Way) pada sebelah malam?
Lebih menarik jika aktiviti sebegini dilakukan bersama keluarga. Jika di luar negar, bersantai di kawasan lapang sambil menyaksikan langit indah merupakan perkara biasa yang sering dilakukan, cuma di negara kita masih kurang pendedahan.
Tip untuk mencari kawasan langit yang cantik, anda haruslah mencari lokasi gelap dan terhindar daripada pencemaran cahaya iaitu merujuk kepada situasi pencahayaan global yang semakin meningkat atau masalah pencahayaan bukan semula jadi berlebihan atau terlalu terang pada sebelah malam.
Destinasi seperti Kuala Kubu Bharu, Selangor atau ke Tasik di Lembah Krau Bentong, Pahang merupakan port biasa untuk merakam imej angkasa. Kuala Kubu Bharu ialah tempat terhampir dengan Kuala Lumpur bagi merakam imej bima sakti.
Ramai peminat seni fotografi angkasa sanggup meredah semak dan menahan gigitan nyamuk demi kepuasan diri mendapatkan gambar terbaik. Lokasinya berhampiran Darul Quran, Kuala Kubu Bharu. Kawasan ini mempunyai keindahan tasik yang mempesonakan dan dikelilingi oleh bukit bukau.
Kebersihan alam semulajadi masih terpelihara tanpa pencemaran. Langitnya yang begitu bersih dengan kebersihan alam semulajadi memungkinkan anda untuk menikmati bintang-bintang dan Milky Way.
Bagi peminat astrofotografi di selatan tanah air, lokasi kegemaran untuk aktiviti ini pula ialah di Tanjung Kesang, Mersing, Johor. Kalau rajin anda boleh memandu hingga ke Tanjung Kesang. Lokasi ini juga sebelum ini menjadi tumpuan peminat astronomi dari negara jiran, Singapura selain pelancong Eropah.
Ini kerana ada penginapan di kawasan tinjauan untuk merakam imej angkasa. Dikatakan dari bilik rumah penginapan sudah boleh lihat dengan jelas bintang atau entiti angkasa dengan jelas.
Selain itu Sabah dan Sarawak juga antara destinasi kegemaran merakam buruj, bima sakti atau gerhana matahari. Gunung Kinabalu antara lokasi terbaik untuk mendapatkan rakaman fenomena menarik di langit. Umpama anda begitu hampir dengan bintang-bintang untuk dipetik. Ditambah dengan foreground yang menarik. Jika bertuah, tahi bintang juga boleh anda saksikan di sini.
Anda juga boleh membuat cerapan ‘Deep Space Object’ di Kampung Sungai Padang, Papar, Sabah. Lokasi seperti Kundasang dan Mesilau juga menjadi pilihan penggemar langit indah selain Kuala Penyu, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Jalan Pintasan Kota Belud-Ranau, Melangkap, Tegudon, Tambatuon dan juga Tamparul.
Kuala Penyu merupakan salah satu kawasan yang terletak di pedalaman Sabah. Ianya terletak berhampiran dengan Taman Negara Pulau Tiga. Pantai Tempurung adalah kawasan pantai yang popular di sini. Di Sabah, ia merupakan salah satu lokasi popular menyaksikan keajaiban langitnya. Jika ada peluang sila la ke sini ya!
Lokasi lain seperti di:
- Canada Hill adalah puncak tertinggi di Miri, Sarawak. Ia juga dikenali sebagai Bukit Telaga Minyak bersejarah (The Grand Old Lady). Dari puncak ini, anda dapat melihat keseluruhan bandar Miri. Di sini juga merupakan port merakamkan video atau foto bintang-bintang yang boleh disaksikan dengan jelas.
Pulau Perhentian di Terengganu tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sahaja pulaunya yang indah dan membiru yang memberikan ketenangan sewaktu bercuti, keadaan langit malamnya juga indah mempesonakan bagi yang tahu menikmatinya.
Langitnya yang bersih tanpa pencemaran memberikan anda peluang menyaksikan keindahan langit. Jika nasib anda baik, anda berpeluang menyaksikan taburan bintang-bintang begitu mengasyikkan.
Taman Negara Penang juga lokasi ideal untuk merakam atau menyaksikan Milky Way dengan jelas. Anda boleh berkhemah di mana-mana yang sesuai untuk mendapatkan fotografi terbaik bintang-bintang yang menghiasi langit.
Ramai yang suka datang ke Broga Hill untuk menikmati keindahan matahari terbit dan terbenam. Sekali sekala apa kata cuba mendaki ke puncak bukit ini pada malam hari untuk menikmati keindahan bintang-bintang di dada langit yang sangat indah. Paling penting jangan naik seorang diri, berteman lebih baik dan enjoy.
Fraser Hill bukan sahaja menjadi lokasi pelancongan yang bersuhu sejuk dan nyaman, keindahan alam semulajadinya juga memberikan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang datang bercuti. Jika cuaca baik dan langit cukup cerah, pada malamnya anda patut keluar menikmati keindahan bintang-bintang yang menghiasi langit Bukit Fraser.
Cameron Highland memang lokasi pelancongan tanah tinggi pilihan utama rakyat Malaysia dan pelancong asing yang datang ke Malaysia. Pada malam hari, keluar sebentar dari kamar penginapan anda dan menuju terus ke kawasan ladang teh. Anda pasti teruja melihat Milky Ways ‘kepunyaan’ Cameron Highlands yang sangat menarik.
Cantik betul kan? Jom la cari port tengok langit indah
image via google | sini.com
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source