Fizz Fairuz tiada masalah majlis graduasi anak di hotel
Pelakon yang kini penyampai radio Suria FM, Datuk Fizz Fairuz tiada masalah dan berpendapat para ibu bapa tidak seharusnya bersikap ‘berkira’ dalam mengeluarkan wang bagi meraikan majlis graduasi anak-anak mereka di hotel mewah.
Fizz Fairuz tiada masalah, bayaran majlis graduasi anak bukan beban
Fizz Fairuz berkata, dia tiada masalah dan tidak bersetuju jika ibu bapa menganggap majlis graduasi anak-anak mereka adalah satu komitmen yang besar.
Pemilik nama Mohd. Fairuz Zainal Abidin berpendapat, majlis yag dianjurkan oleh pihak sekolah hanyalah setahun sekali sahaja.
Fizz Fairuz juga berkata, isu tersebut tidak seharusnya timbul dan tiada masalah pun berikutan perbincangan telah pun dibuat sebelum majlis diadakan.
“Untuk anak-anak bagi sajalah. Mereka (pihak sekolah) buat sebab Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sudah setuju.
“Jika tidak setuju, mereka tidak akan buat. Setahun sekali buat, bukan setiap hari kena keluarkan RM150 hingga RM250 tu,”ujarnya menerusi hantaran di Instagram Story.
Artikel lain: Setiausaha Seniman selar dakwaan Fizz Fairuz -“Kalau rasa hebat, duduk tempat saya”
Dalam pada itu, Fizz berpendapat para ibu bapa tidak seharusnya berkira dengan anak-anak jika hendak dibandingkan dengan perbelanjaan mereka terutama barangan berjenama seperti beg dan kasut mahal.
“Sekolah buat dekat tempat selesa dikatakan tak sesuai, bila buat dekat sekolah je dikatakan tak ada tempat lain ke nak buat dengan panasnya. Adui, semua benda tak betullah zaman sekarang ni.
“Beli beg dan kasut mahal-mahal boleh, takkan untuk anak nak berkira? Pendapat sayalah,”ujar Fizz Fairuz.
Sebelum ini, pelakon Adrea Abdullah tampil bersuara dan mempertikaikan mengenai isu yang sedang hangat menjadi bualan iaitu bayaran yang dikenakan bagi membolehkan anak-anak menghadiri majlis graduasi di hotel mewah dan bukannya sekolah.
Dalam video tular, Adrea berkata, tidak semua ibu bapa mampu untuk membayar yuran graduasi anak mereka.
Bukan itu sahaja, dia juga mnedakwa tindakan guru besar yang memilih untuk mengadakan majlis tersebut di hotel bertaraf lima bintang dilihat seakan-akan mahu bermegah dan tayang di media sosial semata-mata.
Sumber: Instagram fizzfairuzofficial
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source