Belajar Tanpa Peperiksaan Tak Bermakna?
Pelik betul budak-budak sekolah zaman sekarang. Gagal peperiksaan pun mahu dicanang di media sosial.
Tapi itulah jadinya bila peperiksaan-peperiksaan ni dimansuhkan di sekolah-sekolah.
Sememangnya negara-negara maju kebanyakannya menggunakan pentaksiran berasaskan kelas dan gred yang dipakai sejak tahun 2011, namun kita masih belum nampak hasil pentaksiran sebegini berkesan di negara kita.
Mungkin, cara pelaksanaan pentaksiran kita yang kurang berkesan. Kita ambil contoh Jepun. Bagi enam tahun pertama, semua kanak-kanak diajar cara menghayati alam semula jadi, jaga masa, hormat orang tua dan menyayangi diri sendiri.
Manakala di Finland, setiap pelajar itu ada potensi tersendiri. Finland sangat tekankan persekitaran pembelajaran yang sangat menyeronokkan untuk elak persaingan sesama murid.
Hasilnya, Finland ada sistem pendidikan paling maju di dunia. Malah kadar celik huruf capai 99% dan kadar tamat sekolah menengah juga adalah tertinggi di dunia.
Singapura pun dah mansuhkan segala peperiksaan besar yang ada di sekolah-sekolah. Para pelajar di Singapura hanya akan ambil peperiksaan O-Level sahaja.
Malah di Bangladesh sekalipun, diorang hapuskan dua peperiksaan besar iaitu Primary Education Certificate (PEC) untuk darjah 5 dan Junior School Certificate (JSC) bagi darjah 8 seperti UPSR dan PT3.
Mungkin ada yang setuju apabila tiada lagi pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Tetapi apabila peperiksaan dah dimansuhkan, pelajar jadi lagi malas daripada sebelum ni.
Bagi diorang, dah tak ada apa yang perlu dikejarkan. Duduk darjah 6 pun dah takde UPSR. Tingkatan 3 pun dah takde PT3 mahupun PMR.
Teringat lagi masa berada di tingkatan 4 dahulu, pelajar selalu anggap yang tahun tu sebagai tahun “honeymoon” selepas hadap PT3 dan sebelum kena hadap SPM.
Tapi sekarang ni, bagi pelajar setiap tahun akan jadi honeymoon untuk diorang. Tak perlu bersusah payah nak cemerlang peperiksaan setiap tahun. Tak ada “A” untuk dikejarkan.
Sebenarnya, susah untuk kita cari satu sistem yang dapat menggantikan peperiksaan. Walaupun peperiksaan ni buat pelajar jadi macam kerbau dicucuk hidung, tapi itu juga yang membuat pelajar mesti rajin nak mengulangkaji kalau taknak kena pelangkung dengan mak bapak.
Ada yang kata peperiksaan bukan penentu masa depan dan kejayaan pelajar. Betul kenyataan tu. Tapi bila kita tengok gambar ni, cuba kita gambarkan apa perasaan guru yang mengajar?
Takkan semua nak masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Silap haribulan, tanya budak tingkatan 1 sifir 12 pun boleh ternganga budak tu nak jawab.
Oleh: Azizul Farhan
___
Pelik-pelik perangai manusia ni. Tapi memang itulah lumrahnya, nak faham psikologi manusia dengan lebih mendalam? Dapatkan The Human’s Complex segera!
https://shope.ee/qJjRHKzcE
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source