KPN laksana Program Komuniti Rahmah bantu komuniti KRT tangani kos sara hidup
Menteri Perpaduan, YB Datuk Aaron Ago Dagang telah berkesempatan untuk merasmikan Program Komuniti Rahmah Bersama Jentera Perpaduan Negeri Terengganu pada 5 Februari 2024 di KRT Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu.
Dalam ucapannya, beliau telah merakamkan ribuan terima kasih diatas kesudian KRT Kampung Pengkalan Ajal untuk menjadi tuan rumah bagi program berkenaan.
Pelbagai aktiviti digerakkan demi capai agenda Program Komuniti Rahmah
Beliau turut memaklumkan yang Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah merangka pelbagai aktiviti untuk digerakkan khususnya oleh KRT bagi mencapai agenda penting Program Komuniti Rahmah.
Salah satunya ialah dengan melaksanakan Projek Ekonomi Komuniti KRT yang memberi tumpuan ke arah meningkatkan pendapatan komuniti dan membantu menangani masalah kos sara hidup yang tinggi.
Setakat ini, dibawah inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga, sebanyak 257 projek ekonomi sedang diusahakan oleh KRT dan kementerian mensasarkan lebih banyak KRT akan laksanakan projek ekonomi seperti itu.
Fokus utama Program Komuniti Rahmah adalah ekonomi sara hidup komuniti KRT
Menurut Aaron Ago lagi, ekonomi dan sara hidup akan lebih diberikan fokus pada tahun ini sejajar dengan Majlis Amanat Tahun 2024 tempoh hari dengan matlamat utama adalah meringankan kos sara hidup, meningkatkan sosioekonomi dan menjamin kualiti hidup yang baik.
KPN minta pihak JPNIN laksana profiling kawasan rukun tetangga
Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan telah meminta pihak JPNIN untuk melaksanakan profiling kawasan rukun tetangga bagi lebih memperkasa sesebuah KRT.
“Ini kerana bagi memperkasakan sesebuah KRT termasuk pemberian geran aktiviti memerlukan pemprofilan kawasan yang lengkap merangkumi maklumat asas komuniti seperti jumlah penduduk mengikut pecahan umur, jantina, kaum, agama, tahap pendidikan, jumlah pendapatan, kemudahan infrastruktur, pihak-pihak yang berkepentingan, sumber-sumber dalaman, keperluan komuniti serta isu-isu yang dihadapi.
“Profiling kawasan adalah amat penting dalam menentukan strategi dan tindakan serta kesesuaian program yang dianjurkan agar memberi impak optimum kepada komuniti. Ini kerana dalam konteks pengurusan komuniti tiada inisiatif dan program yang bersifat one size fits all,” jelasnya.
Artikel lain: KPN & MYDIN beri sumbangan Bakul Rahmah kepada 500 penerima sempena CNY
Menteri KPN berkesempatan edar sumbangan Kotak Rahmah
Sewaktu majlis tersebut, Menteri KPN turut berkesempatan mengedarkan sumbangan sebanyak 150 kotak Rahmah kepada keluarga mangsa banjir KRT Kampung Pengkalan Ajal apabila telah mengalami bencana itu sebanyak dua kali sehingga mengakibatkan kerosakan pada kediaman serta harta benda.
Sehingga kini, KPN melalui JPNIN telah mengedarkan 24,416 Kotak Rahmah di seluruh negara sebagai usaha membantu meringankan beban kepada mangsa banjir.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source