Hampir 18 tahun berkhidmat, Cikgu Fadli umum bersara sebagai guru
Pendidik dan juga aktivis sosial, Cikgu Fadli umum bersara daripada kerjayanya sebagai seorang guru matematik apabila memuat naik perkongsian memaklumkan pengunduran tersebut.
Setiap yang bermula pasti berakhir
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Cikgu Fadli iaitu Mohd Fadli Salleh, dia telah mengucapkan terima kasih kepada setiap memori yang dilalui sepanjang bergelar seorang pendidik di beberapa buah sekolah sejak pertama kali ditugaskan mengajar.
“Setiap yang bermula pasti berakhir jua. Terima kasih semua atas memori indah sepanjang kita bersama. Kalian sentiada ada dalam setiap sujud dan doa.
Izinkan daku mengundur diri, ” tulisnya.
Cikgu Fadli umum bersara, ucap terima kasih kepada semua kenangan
Dia yang memulakan perkhidmatan pada 6 Januari 2006 di Sekolah Kebangsaan Mambang, Pekan Pahang telah menamatkan tugasannya di Sekolah Kebangsaan 1 Gombak Selangor pada Februari 2024 selepas 18 tahun berbakti sebagai guru.
Dalam perkongsian terbabit, dia juga menyertakan beberapa gambar kenangan bersama rakan sejawat dan anak-anak murid sepanjang tempoh waktu bertugas di beberapa buah sekolah.
“3 Januari 2006. Melapor diri di Sk, Mambang, Pekan, Pahang. Disember 2009, melapor diri di Sk Taman Melawati 2.
“Oktober 2016 – Februari 2023. Sk 1 Gombak pula terima diri ini.” ujarnya.
Cikgu Fadli umum bersara, ramai doakan semoga maju jaya
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Fadli serta mendoakan agar urusannya dipermudahkan di masa hadapan.
Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada cikgu terbabit kerana beberapa kali berani menyuarakan sesetengah isu terutamanya dalam bidang pendidikan.
Semoga urusan dipermudahkan
Orang hebat campak ke mana pun akan jadi gunung & pulau
Artikel lain: Cikgu Fadli luah rasa setelah didapati tak bersalah -“Ada orang tertentu dendam”
Sebelum ini, kisah Cikgu Fadli pernah tular apabila mendakwa akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi serta tidak sesuai menerusi satu hantaran di media sosial pada 2022.
Walau bagaimanapun, Keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan telah mengesahkan bahawa Cikgu Mohd Fadli Salleh tidak bersalah atas 3 pertuduhan melibatkan kelantangannya bersuara mengenai silibus pembelajaran.
Apa-apa pun, semoga maju jaya buat Cikgu Fadli dan terima kasih kerana memberi sumbangan kepada anak bangsa kita!
Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source