Taib selamat di kediaman bersama isteri
PETALING JAYA : Bekas Yang di-pertua Sarawak Taib Mahmud berada dalam keadaan selamat selepas didakwa dibawa keluar dari sebuah hospital swasta kelmarin.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Mancha Ata mengesahkan bahawa Taib kini berada di kediamannya di Kuching, Sarawak bersama isterinya, Raghad Kurdi Taib.
“Siasatan masih diteruskan oleh polis,” katanya, lapor Utusan Malaysia.
Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan mendakwa Taib dibawa keluar dari sebuah hospital swasta.
Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan, iaitu perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.
Menurut laporan polis yang tular, Taib, 87, dibawa keluar dari unit rawatan rapi Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching pada lewat malam Sabtu.
Seorang ahli keluarga terdekat didakwa mencabut semua peralatan perubatan pada tubuh Taib tanpa memaklumkan kakitangan hospital, dan membawanya keluar menggunakan kerusi roda, sebelum menaiki kenderaan.
Taib berkhidmat selama tiga penggal sebagai Yang di-Pertua Sarawak dari 1 Mac 2014 hingga 26 Jan lalu, sebelum digantikan oleh Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source