Curi lembu, 2 lelaki didenda RM9,000
PETALING JAYA: Dua lelaki masing-masing didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret Bahau selepas mengaku bersalah mencuri 12 ekor lembu di ladang kelapa sawit Felda Pasoh Tiga di Jempol bulan lalu.
Tengku Adam Azizi Tengku Ismail, 44, dan Mohd Hairulhisam Md Noh, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca secara bersama di depan Majistret Norshazwani Ishak.
Mereka didakwa mencuri lembu pada 3 petang 27 Jan lalu, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Mengikut fakta kes, seorang pemilik lembu mendapati 12 ekor lembunya hilang sebelum menemui lima lembu itu berada dalam sebuah kandang di belakang rumah salah seorang tertuduh.
Lima lembu itu dikenal pasti kepunyaan pemilik berdasarkan kesan lubang pada telinga lembu. Pemilik itu mengalami kerugian RM35,000.
Bukan itu saja, seorang saksi ternampak seorang tertuduh menyumpit 12 ekor lembu sebelum memasukkannya dalam sebuah lori.
Di mahkamah sama, Tengku Adam Azizi didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana memindahkan enam ekor lembu dengan menjualnya kepada seorang pembeli.
Susulan itu, dia didenda RM4,000 dan boleh dipenjara dua bulan, jika gagal membayar denda itu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source