HIV/AIDS belia membimbangkan, kerajaan perhalusi cadangan atasi masalah sosial
HIV/AIDS golongan belia dilaporkan makin membimbangkan termasuk isu keciciran pendidikan.
Oleh itu, kerajaan kini sedang memperhalusi cadangan dalam memperkasakan golongan belia bagi mengatasi masalah sosial yang semakin menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat.
Belia paling ramai hidap HIV/AIDS
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan memperhalusi cadangan bagi memperkasakan golongan belia dengan pengetahuan yang tepat, langkah pencegahan dan isu berkaitan mengenai HIV/AIDS.
Beliau berkata, langkah itu diambil setelah mengambil kira situasi semasa kes HIV/AIDS di Malaysia ketika ini yang menunjukkan peratusan laporan kes tertinggi membabitkan golongan belia.
“Maka terdapat keperluan untuk memperluas dan memperhebat program pencegahan, kawalan dan rawatan berkaitan HIV/AIDS memandangkan taburan kes HIV/AIDS mengikut umur menunjukkan 74 peratus kes yang dilaporkan membabitkan golongan muda berumur antara 20 hingga 29 tahun,”katanya dalam kenyataan.
Artikel lain: MEXCOPT 2024 fokus 4 agenda dalam perkasa kerajaan tempatan
Kerajaan perhalusi cadangan, bendung & atasi masalah
Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bil 1/2024 hari ini berkata, kerajaan telah memperhalusi cadangan penambahbaikan seperti memperkasakan masyarakat terutama golongan belia mengenai pengetahuan berkaitan virus tersebut.
Katanya, antara cadangan lain yang dikemukakan dalam mesyuarat berkenaan adalah mewujudkan rumah perlindungan bagi mengendalikan jagaan susul bagi Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS, terutama mereka tersisih daripada keluarga dan tiada sokongan serta meningkatkan keterjaminan pekerjaan dan pendidikan.
Selain itu, kerajaan memperhalusi cadangan untuk melaksanakan pemantauan berterusan dan sekatan ke atas laman web yang menyebarkan bahan lucah atau aplikasi rangkaian sosial yang menjurus kepada aktiviti sosial berisiko tinggi HIV.
“Inisiatif saringan HIV kendiri yang bertujuan untuk meningkatkan akses kepada kumpulan berisiko dalam susana selesa.
“Sealain itu, silibus Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) ditambah baik dan diwajibkan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Modul PEKERTI turut dilaksanakan di Insititusi Pendidikan Tinggi (IPT),”ujar Ahmad Zahid.
Bincang strategi atasi isu keciciran murid sekolah
Pada masa sama, mesyuarat turut membincangkan mengenai strategi penyelesaian bagi isu keciciran murid sekolah menengah dengan menggariskan beberapa cadangan penambahbaikan.
Ia termasuk menyebarluaskan maklumat pendidikan mengenai ilmu dan pendidikan, sekurang-kurangnya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi seseorang.
Katanya lagi, sebaran maklumat boleh dibuat kepada golongan sasar melalui media cetak, media elektronik dan media sosial.
Selain itu, membuat pemantauan berkala terhadap majikan yang mengambil pekerja yang masih bersekolah untuk memenuhi syarat dan waktu bekerja yang ditetapkan.
Ujarnya, mereka yang keciciran dalam pelajaran berkemungkinan terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan sara hidup keluarga, mengalami masalah keluarga atau hidup dalam kemiskinan.
“Sokongan psikososial turut diberi kepada kanak-kanak yang terlibat dengan situasi perceraian ibu bapa agar mereka meneruskan persekolahan dengan baik,”ujarnya lagi.
Kerajaan turut mengambil maklum mengenai penambahbaikan dasar bagi memastikan layanan adil kepada pengguna yang terdedah dapat diterapkan.
“Ia termasuk menerapkan amalan baik yang boleh dilaksanakan oleh penyedia perkhidmatan kewangan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dari segi umum, mesin juruwang automatik (ATM), perbankan dalam talian dan cawangan atau premis,”katanya.
Ahmad Zahid juga menggariskan dua objektif utama iaitu menggalakkan penyedia perkhidmatan kewangan untuk mempertimbangkan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kepentingan serta keperluan pengguna yang terdedah dalam menjalankan perniagaan dan operasi.
Selain itu, ia bertujuan menetapkan keperluan yang perlu dipatuhi oleh semua penyedia perkhidmatan kewangan bagi menyediakan sokongan yang sesuai kepada pengguna yang terdedah selaras dengan hasil layanan yang adil.
Di akhir mesyuarat, beliau berharap isu sosial dapat dibincangkan secara aktif dan berkesan dengan penglibatan serta kerjasama strategik antara agensi Kerajaan, ahli akademik dan pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Ia bagi memastikan masalah sosial dapat ditangani ke arah pembangunan sosial negara yang lebih sejahtera, sekali gus merealisasikan Malaysia MADANI serta kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source