Sah nikah di Thailand, tapi haram & dosa besar malukan ibu bapa
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan haram dan berdosa besar jika seseorang anak lari diri nikah di Thailand bersama pasangannya.
Ia berikutan isu bernikah di Thailand kembali hangat menjadi bualan selepas kecoh anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim berkahwin di negara berkenaan.
Sah, tapi bergantung kepada mahkamah
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azhar Idrus berkata, meskipun pernikahan di Thailand itu ada yang sah, namun mereka perlu hindarkan diri daripada sebarang masalah kelak.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, mahkamah di Malaysia adalah badan yang bertanggungjawab untuk memutuskan sama ada sesuatu pernikahan yang dilaksanakan di Thailand itu sah atau sebaliknya.
“Pernikahan di Thailand saya tak boleh beri keputusan. Ada yang sah, ada yang tak sah. Sebab itulah pasangan yang bernikah lari di Thailand kena balik daftar perkahwinan itu.
“Mahkamah akan periksa, siapa walinya..wali hakimnya, siapa yang jadi saksinya, bagaimana ijab kabul dijalankan dan sebagainya,”katanya.
Artikel lain: “Haram guna air sirap kenduri buat basuh tangan” -Ustaz Azhar Idrus
Justeru itu, beliau menggalakkan pendaftaran perkahwinan di Malaysia agar dapat mengelak daripada sebarang kemungkinan mengenai status ‘kahwin’.
“Sebab itu bila balik daftar di sini ada pasangan yang diputuskan sah perkahwinannya. Ada pasangan yang diputuskan tidak. Saya tak boleh jawab, mahkamah yang akan putuskan,”katanya lagi.
Dosa besar kahwin ‘lari’ tanpa pengetahuan ibu bapa
Bagaimanapun, tegasnya, hukum berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa adalah dosa kerana tindakan tersebut telah menyakiti hati mereka.
Ustaz Azhar juga menyatakan, si anak telah melakukan tiga kesalahan besar kepada ibu bapa mereka hanya kerana mahu berkahwin tanpa pengetahuan, terutama di negara jiran.
“Bagi pasangan yang diputuskan sah oleh mahkamah tetap berdosa. Kerana mereka melakukan tiga kesalahan besar kepada ibu bapa. Mereka menyakitkan hati ibu bapa, mengaibkan ibu bapa dan membuat mereka bersedih. Haram dan dosa besar,”jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut memberi contoh yang mudah difahami iaitu ibu bapa pasti akan kecil hati apabila terdapat jiran atau mana-mana individu menyoal mengenai pernikahan si anak tanpa memaklumkan menerusi jemputan kenduri.
Dikesempatan itu, pendakwah tersebut menitipkan pesanan dan nasihat kepada bakal pengantin agar memujuk ibu bapa terlebih dahulu bagi mendapat restu sebelum mendirikan rumah tangga.
Katanya, si anak tidak perlu tergesa-gesa ‘nikah lari’ seandainya ibu bapa tidak mengizinkan, sebaliknya duduk berbincang bersama.
“Nak nikah tak perlu lari-lari. tak setuju kita pujuk dulu ibu bapa kita. Kadang-kadang yang dia tak setuju itu betul,”nasihatnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source