Abby Abadi buka mulut, tak pernah mengiyakan pernikahan anak di Thailand
Pelakon Abby Abadi buka mulut selepas beberapa media mendakwa dia membela anaknya, Marissa Dania Hakim yang dikatakan menikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand.
Menerusi beberapa perkongsian di InstaStory, Abby telah memuat naik semula sebuah hantaran daripada satu media yang menunjukkan dia seakan-akan menyebelahi anaknya.
“Ya Allah, bila pula saya bela anak saya dengan cakap macam ini? Ambil dari mana kenyataan ini?
“Bila jawab pusing sana sini. Bila diam, buat cerita sendiri. Bekerja tu ingatlah dosa dan pahala sama ya,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi satu lagi perkongsian lain di InstaStory, Abby telah memuat naik satu hantaran daripada media yang mengatakan dia dan suaminya, Norman Hakim mahu anaknya bercerai dengan Aslam.
Artikel lain: “Lawan semua dengan doa” -Abby Abadi titip pesanan
Abby menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan berkata dia tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berkenaan pernikahan anaknya di Songkhla.
Abby Abadi buka mulut
“Mana datang kenyataan ni? Saya tak pernah mengiyakan pernikahan di Thailand tu, macam mana kata saya suruh mereka bercerai pula?
“Tanpa rasa bersalah reka cerita tanpa kesahihan, kerja tiada etika ke macam mana?” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 47 tahun itu turut menegaskan bahawa dia tidak pernah membela atau menangkan anaknya itu.
“Sebagai ibu, dari awal isu ini, saya tak pernah bela dan menangkan anak saya. Kalau betul berlaku seperti yang digembar-gembur, Allah lah sebaik-baiknya tempat mengadu.
“Semoga Allah melindungi anak-anak saya,” luahnya.
Sebelum ini, anak Abby iaitu Marissa telah didakwa telah bernikah dengan seorang lelaki bernama Aslam pada 17 Disember lalu di Songkhla.
Dakwaan tersebut telah disahkan oleh kakak ipar kepada Aslam iaitu Nadiah Mazlan menerusi satu kenyataan kepada media.
Sementara itu, Abby dan Norman tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dakwaan tersebut dan memilih untuk berdiam diri.
Sumber: Instagram Abby Abadi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source