Mierul Aiman masih single & tiada teman istimewa, akui rumah rasa sunyi
Pelakon Mierul Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 26, mengaku dirinya masih single dan belum mempunyai teman istimewa.
Mierul Aiman masih ‘single’
Dia bagaimanapun bersikap terbuka untuk berkawan dengan semua wanita tanpa perlu diselidik latar belakang mereka.
“Sungguh saya cakap, setakat ini, tiada yang istimewa. Saya masih single walaupun saya tahu ada pihak yang terluka dengan kenyataan saya ini,”katanya.
Artikel lain: “Kami nak penonton enjoy the show “- Mierul Aiman ulas babak cium berlapik
Terkejut digosipkan bercinta
Mierul Aiman berkata demikian selepas disoal mengenai dakwaan kononnya dia menjalinkan percintaan dengan cucu kenamaan.
Akuinya, dia berasa terkejut apabila digosipkan bercinta dengan cucu kenamaan kerana dirinya berkawan dengan semua orang.
“Saya tak pasti dan terkejut, saya tahu pasal benda ini. Tapi saya memang berkawan sahaja dengan semua orang tak kira lah pelakon atau apa.
“Mungkin saya berkawan dengan ramai orang dan salah seorang nya adalah cucu kenamaan.
“Saya tak pasti cucu kenamaan yang mana satu ke apa sebab saya tak pernah selidik dengan siapa saya berkawan,”ujar Mierul Aiman.
Dalam pada itu, dia mengakui kadangkala berasa sunyi ketika berada di rumah, namun ia hanya bersifat sementara kerana mempunyai ibu sebagai penyeri kehidupan.
“Sebenarnya saya single, kadang-kadang bila dekat rumah saya rasa macam sunyi jugak, tapi takpelah saya ada mama,”jawabnya.
Mengulas lanjut, bintang drama Projek: High Council tidak rimas jika diasak dengan soalan percintaan dan pasti akan berkongsi jika dilamun cinta.
“Saya tidak pernah rimas dengan soalan cinta. Bagi saya, industri seni seperti pejabat. Media bertanya apa orang hendak tahu.
“Saya tiada rahsiakan apa-apa. Kalau berahsia pun, cuma hal yang berkaitan dengan apa yang saya buat di rumah.
“Selebihnya, saya okay bercerita apa-apa yang membabitkan kerjaya saya.
“Kalau suatu masa nanti saya bercinta atau ada rezeki jodoh sampai awal, saya akan kongsi,”ujarnya.
Dalam perkembangan lain, dia kini sedang menjayakan penggambaran sebuah drama yang bakal ditayangkan pada September ini bersama Shasha Aebdul, Naim Daniel, Nabila Huda, Kimberly Chuah dan ramai lagi.
Sumber: BH Online (Farihad Shalla Mahmud)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source