Resipi Kuih Bakul Halal Yang Mudah Buat & Gerenti Jadi
Homemade dan halal. Sedapnya! Bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, Kuih Bakul antara manisan yang wajib ada dan ditunggu-tunggu oleh seluruh kaum untuk menikmatinya. Namun ada kalanya, agak susah nak jumpa Kuih Bakul halal yang dihasilkan oleh orang muslim. Jadi bagi anda yang nak cuba buat sendiri, resipi Kuih Bakul homemade perkongsian saudari Hidjrah Ali ni boleh dicuba.
RESIPI KUIH BAKUL HOMEMADE HALAL
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula pasir, gula merah serta air ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan biarkan sejuk.
2. Sementara itu, masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk.
3. Tuangkan larutan gula dan santan tadi ke dalam tepung pulut. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.
5. Sementara itu, alas tin dengan daun pisang, pastikan daun pisang melebihi bahagian atas tin agar mudah mengikatnya di sekeliling tin. (daun pisang dikelepetkan ke bawah)
6. Didihkan air dalam periuk kukusan dan kecilkan api.
7. Tuangkan adunan ke dalam tin yang telah dialas tadi. Kukus selama 8 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih.
8. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin/kain kasa/ pembalut aluminium agar wap air tidak meniti ke atas kuih.
9. Bila cukup masa, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Hidjrah Ali
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu
Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source