Anak tahan sebak, bapa meninggal dunia beberapa minit sebelum majlis graduasi bermula
Seorang anak dilihat cuba mengawal perasaan sebak apabila menerima berita bapa telah meninggal dunia beberapa minit sebelum dia naik ke pentas pada majis graduasi, baru-baru ini.
Anak tahan sebak, bapa ‘pergi’ selama-lamanya
Menerusi video tular dikongsikan salah seorang gurunya, jelas kelihatan wajah sugul si anak sedang tahan sebak apabila dimaklumkan bapanya sudah tiada.
Kongsi guru kanak-kanak berkenaan, dia tidak mahu melihat si kecil itu menanggung kesedihan dan menangis kerana ibu bapa tidak dapat menemani pada hari tersebut.
Oleh itu, mereka mempercepatkan nama anak tersebut untuk naik ke atas pentas bagi menerima sijil graduasi supaya dia dapat pulang ke rumah bagi memberikan penghormatan terakhir buat bapa.
“Kuatnya anak murid cikgu. Beberapa minit sebelum majlis bermula, dapat berita ayah awak baru meninggal dunia.
“Cikgu-cikgu tak nak awak menangis. Tapi, cikgu cepatkan nama awak dulu supaya awak balik dulu. Cikgu-cikgu memang tak boleh tahan air mata tengok awak,”tulis guru tersebut pada hantaran video dimuat naik.
Guru berkenaan juga berkongsi rakaman video pendek yang memaparkan anak kecil itu naik ke atas pentas bagi menerima sijil graduasinya.
Artikel lain: Abby Abadi maklum bapa meninggal dunia – “Terima kasih ayah, saya rindu”
Bapa Afnan diserang strok sehari sebelum majlis graduasi
Memetik laporan mStar, bapa kepada kanak-kanak tersebut dimasukkan ke dalam hospital sehari sebelum majlis graduasi anaknya selepas diserang angin ahmar secara tiba-tiba.
Gurunya yang hanya mahu dikenali Cikgu Yaya berkata, bapa kepada kanak-kanak bernama Muhammad Afnan Hafiz Sanusi meninggal dunia sebelum beberapa minit majlis bermula.
Difahamkan, Majlis Anugerah Prestasi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) berlangsung di Kawasan Pasir Mas, Kelantan pada Sabtu lalu.
“Bapa Afnan dimasukkan ke dalam hospital Jumaat lepas selepas diserang strok secara tiba-tiba. Dia dah sedih sebab bapanya tak dapat hadir pada majlis graduasi yang berlangsung pada keesokan harinya (Sabtu).
“Ibu Afnan yang juga cikgu PASTI pun tak dapat hadir sebab menjaga ayahya di hospital. Jadi, Afnan ditemani seorang guru lain di majlis itu,”ujarnya.
Bercerita lanjut, Cikgu Yaya memaklumkan ibu kepada Afnan memaklumkan suaminya telah meninggal dunia pada jam 8.45 pagi dan membuatkan para guru mempercepatkan majlis agar anak murid mereka dapat pulang ke rumah dalam kadar segera.
Jelasnya, Afnan yang mengetahui berita kematian bapanya sejurus selepas dia menerima sijil graduasi kerana tidak mahu emosinya terganggu.
“Afnan terdiam selepas diberitahu berita kematian bapanya. Hanya wajahnya sahaja dapat menggambarkan apa yang dirasai. Tidak lama kemudian, dia dijemput ahli keluarga,”kata Cikgu Yaya.
Berkongsi lanjut, Cikgu Yaya berkata, Afnan merupakan pelajar PASTI Al Ihsaniah dan pernah merangkul Tokoh Murid Pasti Kawasan Pasir Mas pada tahun lalu.
Dalam pada itu, Cikgu Yaya berterima kasih kepada warganet yang tidak henti mendoakan yang terbaik buat Afnan dan mengirimkan al-Fatihah buat arwah bapa kanak-kanak itu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source