Shila Amzah bimbang, anak ubah sikap & perangai selepas masuk sekolah
Penyanyi Shila Amzah bimbang melihat perubahan sikap anak sulungnya, Seth Uwais selepas dihantar ke sekolah.
Shila Amzah dalam sesi siaran langsung Instagram (live) berkata, dia bimbang akan sikap anaknya yang sebelum ini diasuh penuh sopan santun tetiba berubah.
Shila Amzah bimbang, anak berubah sikap
Kongsi Shila Amzah, dia bimbang apabila anaknya secara tiba-tiba buat perangai seperti suka menjerit sekiranya tidak mahu akan sesuatu benda.
Lantaran itu, pelakon berusia 34 tahun itu bertanya kepada pengikutnya yang mengikuti sesi siaran langsung sebentar tadi sama ada perubahan sikap tersebut normal atau sebaliknya.
“Adakah normal apabila hantar anak ke sekolah, tiba-tiba anak itu jadi lain? (berubah sikap). Seth jadi lain. Contohnya, semalam dia buat perangai apabila dia menjerit kerana tidak mahu sesuatu.
“Dia tidak begitu sebelum dihantar ke sekolah. Jadi, saya rasa tidak seronok. Selepas hantar ke sekolah, jadi begini pula,”ujarnya.
Dah pandai merajuk, tak minta maaf selepas buat salah
Pemilik nama Nurshahila Amir Amzah berkata, anaknya yang kini berusia lima tahun sudah pandai merajuk.
Malah, bersikap ego dan enggan lagi mahu meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan jika hendak dibandingkan sebelum ini.
“Dia suka merajuk dan ego untuk meminta maaf. Bila dihantar ke sekolah, tidak tahu perangai siapa yang dia ikut.
“Jadi, apa yang perlu saya buat? Saya jadi stes dengan perkara ini sebab saya rasa tak seronok. Seth seorang anak yang ‘sweet’,”ujarnya lagi.
Shila berkata, anaknya selalu mengucapkan terima kasih dan bertutur secara sopan sebelum dihantar ke sekolah.
Ia secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan seorang ibu selepas melihat perubahan sikap dan tingkah laku anak.
“Saya tidak boleh berhenti daripada berfikir. Mungkin saya salah mengajar anak selama ini. Sebab saya seorang ibu yang terlalu lembut.
“Saya tidak mendidik anak dengan cara yang kasar, sebab saya tidak suka mendidik dengan cara begitu. Saya tidak mahu Seth menjadi seorang anak yang kasar.
“Sebab sebelum dihantar ke sekolah, alhamdulillah saya sudah mendidik Seth sehingga boleh membaca, kenal abjad dan nombor. Jadi perubahan sikapnya membuatkan saya risau,” ujar Shila.
Normal, anak belajar dengan rakan sebaya
Bagaimanapun, salah seorang pengikut yang mendakwa dirinya seorang guru berpendapat, perubahan sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Seth adalah normal bagi perkembangan kanak-kanak.
“Sebagai guru, saya berpendapat perkara sebegitu adalah normal. Sebab dia belajar daripada apa yang dilihat di sekolah.
“Sebab dia baru belajar untuk bersosial. Jadi dia belum faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Jadi jangan risau,” kata guru terbabit.
Artikel lain: Lalui pahit manis 2023, Shila Amzah & Ubai umum bakal timang cahaya mata
Shila sebelum ini, kerap berkongsi mengenai perkembangan semasa anaknya yang mempunyai masalah speech delay, selain masalah deria dan labat setahun berbanding kanak-kanak seusianya.
Kongsi Shila, ibu bapa perlu bersabar dan perlu sentiasa bercakap dengan anak mereka bagi memulihkan masalah yang dihadapi mereka.
Untuk rekod, Shila yang kini sedang sarat hamil, mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Ubai atau nama sebenarnya, Muhhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, pada 4 Ogos 2023.
Sebelum ini, penyanyi lagu Patah Seribu berkenaan pernah berkahwin dengan Haris Idraki pada 2018 sebelum sah bercerai pada 8 Februari 2022.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah menimang seorang cahaya mata lelaki dikenali sebagai Seth Uwais yang dilahirkan pada 31 Ogos 2019.
Sumber: Kosmo! (Mohammad Shahemy Azmy)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source